Realtime website trackingweb stats

Cubaan fitnah pejuang Hamas tapi guna imej AI sangat buruk, Sofyank anggap ‘percubaan yang baik’

Oleh FATIN AQILAH

Keganasan rejim Zionis Israel di bumi Palestin menyaksikan penyokongnya terdesak menyebarkan gambar suntingan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang teruk kualitinya.

Hal itu turut menarik perhatian pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank yang mengulas sebagai ‘percubaan yang baik’.

Sindiran anak muda yang tidak asing dalam industri seni video kreatif sehingga memperoleh perhatian dunia itu menegaskan bahawa kesan edit tersebut jelas dapat dikesan.

“Tekstur muka lari terlalu jauh daripada yang sepatutnya, sampaikan ada yang hilang hidung.

“‘Cropping’ tak bersih, boleh touch lagi untuk buang strok putih kat kepala.

Cubaan fitnah pejuang Hamas tapi guna imej AI sangat buruk, Sofyank anggap 'percubaan yang baik'

“Mungkin akan datang boleh guna gambar yang asli. Percubaan yang baik,” kata Sofyank yang mahir dalam suntingan video kesan visual (VFX).

Beliau mengulas perkongsian empat gambar suntingan yang bermotif untuk memburukkan pemimpin Hamas kononnya sedang bersantai mewah ketika rakyat Palestin dibedil bom pengganas Israel tanpa henti.

Mengikut sumber yang diperoleh juga katanya, gambar itu diambil pada tahun 2014, tetapi telah disunting kembali.

“Ini saya ada baca tadi, mereka gunakan gambar daripada hantaran tahun 2014 dan jana gunakan AI atau aplikasi ‘clear photo’ bagi dapatkan gambar yang lebih jelas untuk dijadikan bahan bualan, tapi gambar ni jadi makin teruk,” jelasnya lagi.

Rata-rata warganet turut mengecam tindakan jahat itu serta menyifatkannya sebagai melucukan.

Malah, ada berkongsikan pengesahan daripada laman pengesan imej palsu fakeimagedetector.com berkenaan imej yang kononnya pemimpin Hamas itu.

Tidak kurang juga yang meminta agar Sofyank melakukan suntingan imej terhadap wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sedang menjamah darah manusia.

“Buat kerja tak clean. Ini bukan 2010 lah.. adoi lawak.

Cubaan fitnah pejuang Hamas tapi guna imej AI sangat buruk, Sofyank anggap 'percubaan yang baik'

“Lagi pelik orang percaya benda ni real. Takkan tak reti beza AI dengan gambar sebenar.

“Dia punya crop bukan kaleng-kaleng punya buruk.. buruk betul,” demikian antara komentar warganet.

Baca:

Siti Nurhaliza pun rupanya ada banyak lagu ketuhanan, lagu kelima mungkin ramai tidak sangka

Dari apartment kecil ke rumah teres, kisah pasangan ini memang menginspirasikan

Ada ayat rupanya boleh amal, lelaki ini kongsi 5 tips kekal tenang walau tinggal 10 sen