Realtime website trackingweb stats

Ada ayat rupanya boleh amal, lelaki ini kongsi 5 tips kekal tenang walau tinggal 10 sen

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ada ayat al-Quran yang boleh diamalkan untuk kita tenang berdepan dengan cabaran kos sara hidup tinggi pada masa ini.

Bahkan, Allah SWT mengingatkan kita supaya berdoa menggunakan Asma’ul Husna kerana Dia menginginkan makhluk-Nya sentiasa mengingati-Nya.

Jika kita mempunyai hajat tertentu dan mahu kekal tenang, sebutlah Asma’ul Husna kerana Asma’ul Husna adalah sifat yang sampai kepada martabat nama-nama Allah.

Orang yang memerhati dan memikirkan nama-nama ini akan merasai kesempurnaan, keagungan dan keindahan Allah SWT.

Apapun, rezeki sama ada dalam bentuk wang dan rezeki tidak tampak seperti hidup sihat, hanya Allah yang menentukan. Hanya kita perlu berusaha dan bersabar dalam mencari, mengurus dan mengawal rezeki yang diperoleh.

Ikuti 5 tips kekal tenang walau duit tinggal 10 sen seperti dikongsikan MD AZHARI DAUD ini:

Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Buka dompet, duit ada hati lega. Duit makin kurang hati gelisah. Duit tiada lagilah tak tentu arah.

Ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun buka dompet tapi kosong, duit tak ada.

1. Cepat asingkan

Setiap kali kita terima duit, asingkan kepada tiga bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.

Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.

Sekiranya buat bisnes online, dapat saja sales, duit untung boleh bahagikan kepada tiga. Duit modal tu simpan jauh-jauh. Nak guna untuk stok semula barang. Senang. Duitnya dah ada.

2. Tutup mata

Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu, setiap harilah ke bank untuk menyimpan.
Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online saja akaun tersebut.

Klik saja di hujung jari kemudian lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata.

3. Baca ayat

Bila keluarkan duit dari dompet, tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah Sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad”

Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”.

Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari Dia.

Jadi, walaupun duit tinggal seposen saja pun dalam dompet, hati dan minda kita tetap tenang.

4. Ucap Alhamdulillah

Bila dapat saja duit, masukkanlah duit dalam dompet dengan iringan ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.

Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat. ‘Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.

5. Amal Asma’ul Husna

Biasakan baca Asma’ul Husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1,000 kali setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.

Apabila kita sentiasa berzikir, hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat pada-Nya.

Jadi, bila dompet kosong tak ada duit pun, masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, Asma’ul Husna serta amalan yang boleh kita buat.
Kuncinya bila kita tenang, apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.

Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib. Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.

“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”.

Baca:

Tak berperang tapi curi duit orang beli iPhone, individu godam kad kredit rakyat Israel dikecam

Kerana minat, lelaki Malaysia jejak ‘Kak Ponti’ sampai ke Jepun, dua bulan kumpul duit tapi berbaloi

Yang mana letak gambar profil ada Menara Eiffel, dah boleh fikir dua kali lepas tengok gambar ini