Seorang Ahli Parlimen dari Pas yang jerit marah sambil membaca teks dalam sidang Dewan Rakyat pada 19 Oktober menjadi bualan warganet.
Dalam perbahasan tersebut, orang ramai ‘tertarik’ dengan nada garang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu yang konsisten menjerkah menuntut peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor mendakwa dia dihina, dicaci dan dicela pelbagai pihak ekoran desakannya itu.
“Saya terima WhatsApp macam-macam. Kalau tiada duit jangan jadi ahli parlimen. Adakah ini betul?
“Adakah perbuatan ini salah hingga mengundang pelbagai cacian?” soalnya sambil menjegilkan mata.
Dalam masa sama, dia turut mendakwa tidak pernah menyalahgunakan dan mencuri harta rakyat.
“Saya hanya menjadi tentera 40 tahun, ambil pencen saja. Tapi sekadar memohon dari kerajaan agar berlaku adil kepada pembangkang,” katanya sambil membaca teks.
Susulan itu, rata-rata netizen berseloroh dan menyindir cara perbahasan Khlir yang pernah mendakwa mendukung mayat rakannya ketika berperang dengan komunis itu.
Ramai yang menegur supaya Ahli Parlimen belajar cara penyampaian berbahas yang berkesan tanpa perlu meninggikan suara tetapi mesej tetap sampai.
“Mungkin dia ingat dalam kempen pilihan raya.
“Agak-agak dulu masa dalam perkhidmatan, dia bagi arahan guna teks jugak ke?
“Apa benda jerit-jerit dalam Parlimen? Mohon PN beri kelas kepada ahli parlimen mereka bagaimana kaedah berbahas secara profesional,” demikian antara sindiran dan teguran netizen.
Baca:
MYTV dedah punca gantung operasi Awesome TV bermula 2 November
Nak kurus tak perlu seksa diri, pemuda ini kongsi 6 tips tapi nombor 4 mungkin anda tak sangka