Mahu kurus tidak perlu hukum diri hingga hidup dalam stres menahan selera. Amalan pemakanan sihat bukan bermakna mengharamkan sama sekali gula dan makanan bergoreng.Hanya yang penting ialah mengawal kuantiti makanan yang diambil serta memahami konsep defisit kalori yang sebenar.Ikuti enam tips turun berat badan dalam tempoh singkat seperti dikongsikan AHMAD NIZAR AZHAM yang memulakan diet pada waktu Ramadan:1. Saya amalkan DSSS (Diet Suku Suku Separuh). Boleh makan apa sahaja. Bergoreng, berlemak, berminyak, janji jaga portion:Suku – nasi (karbohidrat) konsep defisit kalori yang sebenar.
Suku – lauk (protein)
Separuh – sayur/buah (fiber)Diet ini tak stres. Syok sebab kita boleh makan apa saja tapi jaga portion. Makan sikit pun kenyang, makan banyak pun kenyang macam tu juga. Jadi, buat apa makan banyak?2. Saya juga amalkan defisit kalori tapi tak istiqomah sangat. Boleh google cara kira pengambilan kalori untuk jantina dan umur. Mesti ada ataupun boleh muat turun aplikasi MyFitnessPal.Jadi, kita consume kalori kurang dari diperlukan badan. Jadi, badan kita akan pergi bakar lemak-lemak lain dalam badan untuk generate energy. Defisit kalori ini menyumbang besar kepada inch loss.3. Senaman. Saya enjoy buat running and jogging setiap hari. Dalam 4 hingga 5 km setiap hari sudah cukup.Kajian memaklumkan 15 minit pertama cardio exercise hanya bakar gula atau apa yang kita consume pada hari tersebut.Mula minit ke-20 dan seterusnya baru bakar lemak yang disimpan dalam badan untuk generate energy.4. Saya cut sugar intake. Tak adalah haramkan terus. Kadang-kadang teringin minum je seteguk dua atau sehari tu tiba-tiba teringin aiskrim. Makan je.Esok mulakan semula diet kita. Diet ni jangan stres-stres sangat. Nanti takut tak kekal lama. Jangan hukum diri kita tuan-puan. Banyakkan minum air kosong. Cut juga makanan berproses.5. Saya amalkan suplemen minyak ikan (fish oil omega). Ini best. Banyak kebaikan dia untuk jantung, otak dan melawan kolesterol jahat.6. Saya makan malam biasanya sebelum jam 8 malam. Jadi, ia dapat digest awal, jadi badan kita dapat berehat sepenuhnya waktu kita tidur.Jadi, itulah yang saya amalkan beberapa bulan ini. Dan saya memang rasa berbeza sedikit. Menyesal juga dulu tak jaga makan.Ingatlah kawan kawan, 80% pemakanan, 20% bersenam.Baca:Macam dia saja ada ‘barang’, aksi selamba tayang wanita ini akhirnya jadi buruan polis‘Harap harga tiket AirAsia lebih murah’, netizen berseloroh selepas jutawan ini tayang tubuhMalaysia catat kadar kerintangan insulin tertinggi di Asia Tenggara, ini 7 fakta pakar elak hidap diabetes