Realtime website trackingweb stats

Cara betul simpan bawang agar tahan lama, semua jenis bawang boleh guna cara ini

Oleh FATIN AQILAH

Semua orang tahu bahawa bawang adalah salah satu bahan asas yang penting dalam masakan.

Namun, seringkali apabila kita membeli bawang dalam kuantiti besar, ia boleh cepat busuk sebelum sempat digunakan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa tip berguna tentang bagaimana menyimpan bawang dengan betul supaya ia tahan lama dan sentiasa segar dalam penyediaan hidangan masakan anda.

Ramai yang beli stok barang dapur dalam kuantiti yang banyak supaya tak kerap keluar ke kedai selain lebih jimat. Salah satunya adalah bawang.

Tapi bawang yang dibeli dalam kuantiti banyak ini perlu disimpan dengan cara yang betul supaya ia tidak cepat busuk.

Dah tentu rugi tambah pula sekarang harganya pun dah mahal.

Supaya stok bawang yang kita beli tahan berminggu-minggu, tak cepat busuk ini cara betul untuk simpan bawang baik bawang segar, bawang yang dikupas atau yang dikisar.

Bawang Segar

– Jangan simpan dalam peti sejuk.
– Cara simpan bawang yang betul adalah dengan meletakkannya di tempat yang terbuka dan kering.
– Boleh letak di dalam raga berlubang yang ada pengaliran udara.
– Jangan letak bawang di tempat tertutup, gelap, serta lembap.
– Pastikan untuk tidak menyimpan bawang merah bersama dengan sayuran lain, kerana ini boleh menyebabkan bawang cepat rosak.

Cara betul simpan bawang agar tahan lama, semua jenis bawang boleh guna cara ini

Bawang dikupas

– Cara simpan bawang merah atau bawang putih yang telah dikupas perlu lebih cermat kerana ia lebih mudah rosak.
– Jangan mencuci bawang selepas dikupas, kerana kelembapan boleh membuat bawang lembik dan cepat rosak.
– Simpan dalam peti sejuk tapi pastikan bawang dikupas dalam bekas yang kedap udara agar tidak dicemari oleh bahan makanan lain dalam peti sejuk.

Cara-betul-simpan-bawang-agar-tahan-lama,-semua-jenis-bawang-boleh-guna-cara-ini 02

Bawang kisar

– Sama seperti menyimpan bawang dikupas ia perlu disimpan dalam peti sejuk.
– Boleh letakkan sedikit garam supaya tidak berkulat.
– Boleh juga disimpan dalam freezer untuk tahan lebih lama.

Cara-betul-simpan-bawang-agar-tahan-lama,-semua-jenis-bawang-boleh-guna-cara-ini 03

Dengan mengikuti tips ini, anda boleh memastikan stok bawang anda tahan lebih lama dan tidak cepat rosak, menjimatkan wang dan mengurangkan pembaziran makanan.

 

Baca :

Dr Dzulkifli Al-Bakri jelaskan status sebenar perkahwinan Sabri Yunus dengan Angeline Tan 

Pemuda cerita agenda disebalik tindakan Israel bom hospital Gaza, bunuh 500 orang malam tadi 

Tersenyum dapat kunci Toyota Alphard, ramai teruja dengan ‘kejayaan’ Mohd Amar, takkan nak pakai Viva