Realtime website trackingweb stats

Pemuda cerita agenda disebalik tindakan Israel bom hospital Gaza, bunuh 500 orang malam tadi

Oleh ADINDA

1. Apa sebenarnya peristiwa yang melingkari disebalik serangan terhadap Hospital Al Ahli Arab yang membunuh 500 nyawa di G4 z4 malam tadi?

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa Hospital Al Ahli Arab yang dibom pengganas Is. r4 el malam tadi merupakan hospital tertua di G4 z4 yang ditubuhkan pada tahun 1882 dan diuruskan oleh Gereja Anglican.

Pengeboman hospital itu berturutan dengan serangan terhadap sekolah yang diasaskan dan diuruskan oleh United Nation (UN) di G4 z4 beberapa jam sebelumnya. Ia adalah serangan terburuk yang membunuh jumlah teramai mangsa dengan hanya satu serangan sejak berpuluh tahun konflik ini berlaku.

2. Beberapa jam sebelum serangan, SU Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengadakan mesyuarat dengan Kabinet Perang Is. r4 el selama 5 jam di Tel Aviv. Blinken mengadakan lawatan kali kedua ke Is. r4el dalam masa seminggu. Ia susulan rancangan Is. r4 el untuk melakukan serangan besar-besaran ke G4 z4 dan sebagai persiapan untuk menyambut kedatangan Presiden AS Joe Bidin hari ini ke Is. r4 el.

Sebelum itu, Blinken baru selesai mengadakan lawatan ke Jordan, Mesir, Saudi, UAE dan Qatar bagi mendapatkan sokongan terhadap usaha AS membantu Is. r4 el. Namun hasil lawatan ini tidak diumumkan.

Bahkan kesemua ketua negara yang dikunjungi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan samada memberi sokongan atau tidak terhadap usaha AS mendokong Is. r4 el.

3. Sebelum berlepas dari Saudi, Blinken sekali lagi memaklumkan bahawa beliau sudah menghubungi Menteri Luar China bagi meminta China menggunakan pengaruhnya untuk menghentikan ‘ketegangan’ di Timur Tengah.

Ia adalah kenyataan terbuka kedua berkait hal tersebut. Soalnya kenapa sampai tahap perlukan pertolongan China? China adalah pesaing AS samada secara ekonomi atau geopolitik di Timur Tengah.

Bahkan sejak 2017, AS melancarkan perang dagang terhadap China di era Trump dan kekal disambung di era Biden.

4. Jika usaha Blinken berjaya meyakinkan sekutunya di Timur Tengah samada Mesir atau Saudi untuk memberikan sokongan penuh kepada Is. r4 el, maka tidaklah sehingga terdesak menjatuhkan maruahnya meminta pertolongan China.

Hal ini kerana pengaruh China tidak hanya di negara-negara di blok kiri samada Iran atau Syria, tetapi, China juga merupakan rakan dagang terbesar kepada negara-negara GCC (Gulf Countries Cooperation) seperti Saudi, UAE dan Qatar berbanding negara-nagara lain dari Barat. (Kita bincang lebih mendalam dalam ruangan lain tajuk ini).

5. Dalam masa yang sama, hari ini juga dijadualkan pertemuan khas 4 negara di Amman, Jordan iaitu melibatkan Presiden Biden (AS), Mahmud Abbas (Palestin), As Sisi (Mesir) dan tuan rumah Raja Abdullah (Jordan).

Ia susulan lawatan Biden ke Is. ra el dan perbincangan seterusnya dengan kepala negara-negara Arab yang bersempadanan dengan Is. ra el dan mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim tersebut kononnya untuk menguruskan bantuan kemanusiaan terhadap G4 z4.

Namun hanya beberapa jam sebelum Biden berlepas dari Washington, Raja Abdullah Jordan mengumumkan bahawa mereka membatalkan pertemuan 3 pemimpin Arab tersebut dengan Biden, walaupun As Sisi dan Mahmud Abbas sendiri sudah tiba di Amman, Jordan.

6. Ia sebagai reaksi keras ketiga-tiga pemimpin tersebut terhadap serangan terbaru dan terburuk Is. ra el terhadap Hospital di G4 z4 tersebut. Kata Mahmud Abbas, tidak ada apa lagi hendak dibincangkan selagi serangan tidak dihentikan.

Begitu juga As Sisi dan Raja Abdullah menyatakan bahawa situasi semasa yang semakin memburuk di G4 z4 itu telah menghimpit mereka ke jurang konflik bersenjata yang tidak mustahil melibatkan lebih banyak pihak di rantau tersebut termasuk negara-negara Arab.

Gambaran diberikan Raja Abdullah, seolah-olah Is. ra el memaksa negara-negara jiran untuk turut sama ‘bertindak’ yang kesannya amat buruk kepada rantau tersebut.

7. Menuruti Jordan dan Mesir ialah Turki, Saudi, UAE dan Qatar yang turut memberikan kritikan keras. Keenam-enam negara ini merupakan sekutu AS di Timur Tengah dan 4 daripadanya mempunyai hubungan rasmi dengan Is. ra el.

Dalam konflik atau serangan terhadap G4 z4 selama ini, hampir tidak kedengaran negara-negara tersebut mengeluarkan kecaman keras kecuali Turki. Tetapi ia berbeza kali ini.

8. Berbalik kepada usaha Blinken meminta China menggunakan pengaruhnya tadi. Jika ianya bertujuan untuk memujuk Iran atau Syria sahaja tidaklah pelik kerana sebagaimana Russia, China juga sudah lama mempunyai hubungan istimewa dengan negara tersebut.

Tetapi gambaran diberikan seolah-olah AS gagal memujuk sekutunya sendiri seperti Jordan, Mesir dan UAE untuk bersetuju dengan mereka ketika ini. Jika serangan selama seminggu ini sudah memperlihatkan berbezanya sikap negara-negara Arab ini berbanding sebelumnya, hatta diikuti negara bukan Islam sejauh Amerika Latin iaitu Colombia yang menghalau duta Is. r4 el dari negaranya, maka serangan kejam terhadap Hospital Al Ahli Arab di G4 z4 malam tadi tentunya berganda menimbulkan kemarahan dan semakin sukar usaha AS untuk membentuk koalisinya di Timur Tengah bagi mempertahankan Is. ra el.

9. Ia adalah satu bentuk tekanan dan paksaan kepada negara negara Arab terutamanya agar mengambil sikap. Adakah ianya sebagai pemula kepada penamatan hubungan rasmi atau normalisasi hubungan dengan Is. ra el yang melibatkan 7 negara Islam di rantau tersebut?

Jika hal ini berlaku, maka Is. ra el akan menjadi terasing, terperuk dan terkepung di rantau tersebut. Selama ini, walaupun negara tersebut kecil, tetapi ruang udara, darat dan lautnya terbuka luas apabila negara-negara sekitar membuka pintu mereka kepada negara haram tersebut.

Jika hubungan diputuskan, maka hampir tiada jalan keluar buat negara tersebut melainkan hanya laluan sempit menuju ke laut.

10. Moga-moga ianya satu permulaan baru kesatuan ummah yang akan menamatkan kekejaman rejim haram tersebut dan kembalinya tanah dan hak-hak rakyat P4. lestin yang dirampas sejak 1948.

Untuk menewaskan kekejaman mereka tidak sepenuhnya dengan bantuan tentera dan persenjataan, tetapi memutuskan hubungan dan tutup sempadan udara, darat dan laut terhadap negara tersebut juga akan memberi kesan yang sangat besar.

Ianya tidak mudah, tetapi tidak mustahil. Tugas kita teruskan berdoa dengan penuh ketulusan, mohon Tuhan kurniakan pertolongan berupa kemenangan kepada rakyat P4 les tin dan keamanan di seluruh dunia.

Baca:

Pernah menyewa bersama tapi tergamak tikam kawan 40 kali, ini bahana bila cemburu dah meluap

Sering bermimpi perkara-perkara sebegini, badan anda mungkin dihuni jin atau saka

Jambatan Marang payah nak bina, tapak bekas IPD berhantu angkara bomoh, seram dengar cerita pesara tentera ini