Realtime website trackingweb stats

Garing dan sedap! Individu kongsi resepi roti bakar ala kopitiam, sesuai buat minum petang

Oleh ABDULLAH HAMID

 

“Ada tak resepi roti bakar ala-ala kopitiam yang boleh dikongsi?”

Salah satu hidangan sarapan yang paling popular dan digemari ramai pastinya adalah roti bakar dengan mentega.

Walaupun cara membuatnya mudah, kadang-kadang ia masih gagal dan tidak seindah roti bakar yang dijual di kopitiam.

Garing dan sedap! Individu kongsi resepi roti bakar ala kopitiam, sesuai buat minum petang

Jadi, jika ingin membuat roti bakar yang rangup dan sedap di rumah, anda boleh mengikuti resepi roti bakar yang dikongsi oleh Puan Elina Shuib di bawah ini.

Pastikan untuk tidak membakarnya terlalu lama, nanti akan hangit!

Resepi roti bakar gaya kopitiam, rangup dan lazat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti
  • Kaya
  • Butter

Kaedah penyediaan:

1. Sapukan kaya di atas roti dan letakkan sedikit butter.

2. Letakkan dalam loyang dan bakar selama 2 minit pada suhu 150 darjah Celsius.

Jangan biarkan terlalu lama, nanti jadi hangus.

Sudah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Makanan ini pasti menjadi kegemaran kanak-kanak kerana sedikit rangup.

Jika anda mahu sesuatu yang berbeza, anda boleh sapukan coklat atau mentega kacang sebelum memasaknya.

Walaupun mudah untuk membuatnya tapi tetap kenyang.

Selamat mencuba semua!

Baca:

Ahli KWSP dibenar guna akaun 2 beli insurans untuk keluarga

Cikgu Fadli dah ‘letih’, ini sebabnya silibus KBAT seawal Tahap 1 wajib dimansuhkan

Malaysia akan terima bangunan tertinggi baharu? Lebih tinggi dari Merdeka 118