Realtime website trackingweb stats

Kisah mudah faham mengapa Israel serang Palestin, 50 tahun tunggu nak buat serangan mengejut

Oleh ADINDA

Sepertimana korang tahu, ada konflik besar antara Palestin dan Israel sekarang.

Dalam sejarah 50 tahun yang terdekat, inilah sejarah Palestin pertama yang menggunakan taktik mengejut.

Apa dah jadi?

Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.

Dalam menghayati krisis geopolitik, selalunya ada beberapa sisi.

Saya nak mulakan dulu guna sisi Palestin. Nak faham sisi Palestin, kena mula kat Masjid al-Aqsa.

Selalunya situlah titik ledak (flashpoint).

Macam konflik sebelum ni, mesti ada provokasi di al-Aqsa.

Jemaah bersolat ditolak polis Israel suruh bersurai.

Orang Arab lalu kena maki sampai buat gaduh yang libatkan polis.

Selalu gitulah titik ledaknya. Remeh bagi kita, tapi benda ‘remeh’ tu lah mereka hadap hari-hari.

So… apa dah jadi kat al-Aqsa? Anadolu Agency melaporkan statement dari Palestin:

– minggu ni ribuan orang Yahudi buat kacau kat al-Aqsa. Not the first time (refer gambar)

– Jerusalem taknak buat prisoner exchange.

Jadi kelmarin, operasi bermula.

Saya yakin korang dah dapat details serangan.

Jadi saya simplify jer:

Serangan roket kat kota-kota tertentu di sebelah selatan Israel.

Serangan darat menggunakan jentera-jentera ringan: pickup trucks dan jengkaut.

Jengkaut nak robohkan benteng.

Dalam 1,000 anggota Palestin deployed. Yang lain macamnya, siap pakai motorized glider serupa special forces.

Semua ni taktik baru Israel belum bersedia tempuhi. Ada beza full-ground invasion banding airborne.

Nampaknya expect the unexpected dah tak ada dalam doktrin IDF.

Dah petik Israel, jadi sisi Israel pula apa agaknya?

Saya tertarik bila orang kata ni “allowed attack” – serangan yang dialu-alukan.

Ada lah beberapa orang komen Mossad tidur. IDF serupa biarkan jer.

Pertama sekali, saya tak boleh nafikan “allowed attack” tu. Sebab apa?

Ini kerajaan Netanyahu.

Netanyahu sangat pandai menyusun strategi politik nak kuatkan undi pilihan raya.

Setakat ni belum nampak bayang kerajaan Israel akan runtuh. Jadi belum nampak dengan jelas motif “allowed attack” ni…

Jadi dah kenapa Mossad dan IDF tidur tu?

Mereka sekarang dalam musim perayaan. Yom Kippur dah habis 25 September lalu. Sekarang mereka tengah sambut Simchat Torah yang akan habis harini.

Ni dah konflik, semua digegaskan balik. Jadi momentum awal tu ada kat Palestin. Dah settle ulasan dua sisi ni, jom gabungkan pula.

Ramai terpengaruh dengan prasangka kononnya konflik Israel-Palestin adalah kerana persempadanan ni.

Umpamanya sebab Israel ada kat situ, sebab tu lah ada konflik. Umpamanya Palestin wujud nak ambil balik tanah yang harini disempadankan sebagai Israel.

Prasangka ni mengalihkan perhatian daripada Tebing Barat.

Titik peledak selain al-Aqsa ada kat penempatan-penempatan yang Israel aktif bina tanpa pengesahan undang-undang.

Sebab tu secara global, penempatan ni digelar “Israeli illegal settlements”.

Dia simple jer.

Israel telan sempadan Palestin. Taknak serap masuk jadi “one nation” terus. Saja nak kekalkan Tebing Barat ni jadi “negara dalam negara”.

Dah kenapa Israel taknak serap Tebing Barat masuk jer?

Sebab mereka takut.

Tebing Barat ada 3 juta orang. Supermajority orang Arab.

Israel ada 9.364 juta orang. Tapi 6.7 juta ni jer Yahudi. 1.6 juta lagi tu Arab.

Seandainya Tebing Barat diserap, Israel wajib buka laluan nak integrate 3 juta ni masuk jadi “warganegara penuh dan berhak mengundi”.

3 juta + 1.6 juta = 4.6 juta Arab – 6.7 juta Yahudi.

Yahudi masih majoriti? Not really.

Taaapiii… blok politik Yahudi berpecah-pecah ikut parti. 4.6 juta Arab tu kalau bersatu bawah parti Arab tunggal, endgame pada status “Jewish state”.

Tambah kalau mereka beranak-pinak.

Jadi Israel guna kaedah settlement.

Ambil tanah yang pemilik asal Palestin tak dapat buktikan melalui permit atau geran.

Tanah yang dimilik secara bergenerasi. No grant? Not yours. Haa gitu.

Siapa suruh kau tak mohon geran kan? Cuba korang quote-reply agak korang susah ka senang untuk mereka mohon.

Sebab tu saya kata jajah. Sangat systematic.

Israel ambil tanah. Bina rumah. Orang Yahudi masuk buat ramai kat situ. Sekarang dah 675,000 penduduk.

Slowly 3 juta tu ditolak berhimpit sesama sendiri… quality of life tak ada. Perubatan susah dapat. End up, jadi konflik.

Sebab tu Arab Saudi buat statement cakap puncanya adalah “penjajahan berterusan dan penafian hak kemanusiaan Palestin, bersertakan provokasi bersistematik di al-Aqsa.”

Dah petik Arab Saudi, apa lagi – jom bincang normalization process tu.

Ada juga angle mengatakan:

Palestin buat operasi ni untuk tarik Israel dalam kancah konflik supaya dapat tangguhkan atau batalkan terus normalisasi tu.

Tapi tengok pada kenyataan Arab Saudi tu, masih tak nampak bayang normalisasi tu akan terbatal. Sebab sehari lepas ada perkembangan.

Arab Saudi tengah cuba rapati US berkaitan harga minyak global.

Kalau harga minyak terlalu tinggi, mereka akan buat pengeluaran minyak banyak-banyak supaya harga boleh turun.

Harga turun, Rusia sakit.

Tu strategi US-Saudi.

In return, US kena buat defense pact dengan Saudi.

Kalau US setuju buat defense pact, in return SAUDI AKAN IKTIRAF ISRAEL.

Benda ni masih on. Belum nampak bayang terbatal atau tertangguh. Still ongoing.

Jadi for now, ally Palestin benar-benar adalah Iran. Palestin tengah panggil Syria dan Lubnan masuk sekali buka konflik besar.

ah libatkan Iran, apa lagi… US akan bising punyalah. Kerajaan Biden isytihar menyokong Israel tapi Republicans mendakwa serangan ni terjadi sebab Biden luluskan AS$6 bilion pada Iran baru-baru ni.

Duit apa pula tu? Duit Iran sebenarnya.

Baru-baru ni US dan Iran ada buat Hatch Act. Untuk buat pertukaran banduan (prisoner swap), US kena ringankan sanction bagi duit Iran masuk dalam negara Iran. Sebanyak AS$6 bilion.

Duit tu disekat kat South Korea. Tapi bukan Korea Selatan bagi kat Iran tau.

Kena melalui Qatar. Dari Qatar baru masuk Iran. Duit tu tak masuk pun lagi.

Tapi Republicans dah buat tuduhan rambang untuk selamatkan reputasi mereka yang teruk terburai dek perpecahan dalaman memandangkan tahun depan ada pilihan raya.

Semuanya open sekarang. Belum tahu hujung pangkal lagi. Yang kita tahu, Israel dah betul-betul bersatu nak menang dalam konflik ni.

They are responding now. Asap berkepulan di langit Gaza, dimana ribuan berpusu-pusu ke hospital cari ahli keluarga masing-masing.

Baca:

“Kau pun sama macam Israel”- Naim Daniel tempelak artis jual produk harga ‘Yahudi’

Murid darjah 3 berani tulis surat minta PM bantu selesaikan masalah tandas sekolah, ini jawapan Anwar

Mahu jaga ibu, lagi pun besarkan anak mahal, tak sangka ini jawapan Tony Eusoff mengapa dia tidak berkahwin