Berbeza benar penampilan pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal walaupun menjadi penaja program realiti Big Stage musim kelima (BS5).
Tidak macam beberapa penaja program hiburan lain seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida, wanita asal Sabah itu rupanya jenis yang memang tak pandai nak buat ‘hal’ yang bukan-bukan.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin hanya sesekali saja saya muncul di pentas Big Stage yang sudah bertemu juara pada Julai lepas.
Menurutnya, keengganan beliau untuk bersikap berlebih-lebih atau keterlaluan di kaca televisyen hanya dengan tujuan menaja program tersebut kerana itu sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.
“Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.
“Kalau ada yang cakap kenapa saya tak ‘kecoh’ macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu,” dipetik Kosmo! Online.
Sepanjang 10 minggu program BS5 berlangsung, Wawa dan suaminya, Aeril melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Complete Rejuvanating Beauty Essence.
“Kalau tengok sepanjang Big Stage pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas.
“Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai,” kata Wawa lagi.
Baca:
Projek penempatan manusia di bulan menjelang 2040, ini kemajuan NASA yang diketahui setakat ini
Lelaki kongsi cerita lihat kera bewarna putih bersama tuan berjubah, beruk berdiri seperti manusia