Kontroversi melibatkan Shila Amzah dan adik-adiknya telah menjadi tumpuan sejak semalam, dengan kedua-dua pihak membuat pendedahan secara terbuka di media sosial.
Perbalahan dalam kalangan ahli keluarga, termasuk adik-beradik, adalah perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan keluarga.
Kalau tak percaya, dekat bawah ni kita akan senaraikan beberapa pergaduhan adik beradik yang paling epik pernah berlaku sepanjang zaman di kalangan selebriti Hollywood.
Shila Amzah dan adik-adiknya telah mencetuskan kontroversi dalam media sosial sejak semalam, dengan kedua-dua pihak membuat pendedahan secara terbuka.
Artikel ini akan merangkumi beberapa daripada pergaduhan adik-beradik yang paling epik dalam sejarah selebriti Hollywood untuk memberikan gambaran bahawa pertengkaran dalam keluarga selebriti bukanlah perkara yang luar biasa.
1. Olivia de Havilland dan Joan Fontaine
Sejak dari usia muda, pelakon, Olivia de Havilland dan Joan Fontaine sering terlibat dalam pergaduhan, seiiring dengan persaingan mereka untuk mendapatkan peranan sebagai pelakonan serta perhatian daripada ibu mereka yang juga merupakan seorang pelakon.
Pada tahun 1942, kedua-dua beradik ini diumumkan sebagai calon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik yang sama dalam anugerah ternama, tetapi Joan akhirnya memenangi anugerah tersebut, mengalahkan kakaknya, Olivia. Khabar angin itu turut menyatakan bahawa ketika itu, Olivia tidak mengucapkan tahniah kepada adiknya.
Pertengkaran paling besar antara mereka berlaku pada tahun 1975, apabila Joan mengatakan bahawa Olivia sengaja tidak memberitahu Joan mengenai kematian ibu mereka.
Walau bagaimanapun, Olivia menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengganggu Joan yang mungkin sedang sibuk sehingga tidak dapat menghadiri pengebumian ibu mereka.
Selama hampir empat dekad, kedua-dua adik beradik ini menjalani hubungan yang renggang sehinggalah Joan meninggal dunia pada Disember 2013.
2. Britney Spears dan Jamie Lynn Spears
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Britney dan adiknya Jamie Lynn telah bercakap tentang konservator yang dikenakan ke atas penyanyi ini selama 13 tahun dan baru sahaja ditamatkan pada tahun lalu.
Britney mengatakan yang selepas 13 tahun dia tidak dibenarkan untuk menguruskan wangnya sendiri, dia kini mahu menyaman ahli keluarganya yang dikatakan telah mengambil kesempatan terhadapnya.
Manakala dalam satu temubual, Jamie mengatakan yang dia sentiasa sayangkan Britney dan menyokongnya namun dia tak tahu macam mana hubungan mereka boleh menjadi seperti ini.
Namun di dalam buku yang ditulis, Jamie telah menceritakan mengenai zaman kanak-kanaknya serta pergaduhannya dengan Britney termasuk mendakwa Britney pernah mengurung dia di dalam bilik sambil memegang pisau.
Britney telah menafikan tudingan tersebut dan mendakwa bahawa adiknya cuba memanfaatkan populariti dia untuk mendapatkan wang.
3. Prince William dan Prince Harry
Sebelum ini, Putera William dan Putera Harry sering bersaing, tetapi ini hanyalah persaingan sihat antara mereka.
Dalam biografi Harry pada tahun 2014, beliau mendedahkan bahawa walaupun ramai adik-beradik yang lebih muda selalu cemburu terhadap abang atau kakak mereka kerana mendapat lebih banyak perhatian atau keistimewaan, Harry tidak begitu.
Ini kerana Harry sedar bahawa dia mempunyai lebih banyak kebebasan daripada abangnya yang akan menjadi raja pada masa akan datang.
Namun, pada Januari 2020, Harry dan isterinya, Meghan Markle, mengumumkan bahawa mereka tidak mahu lagi memegang tanggungjawab sebagai ahli keluarga diraja dan ingin mencari pendapatan mereka sendiri sebelum berpindah ke California, Amerika Syarikat.
Dalam temu bual bersama Oprah, mereka mendedahkan bahawa keputusan ini telah menjejaskan hubungan antara Harry dan abangnya.
Pada 11 Mac, William memberitahu media bahawa dia sudah lama tidak berhubung dengan Harry dan walaupun mereka telah bertemu semula semasa pengebumian bapa mereka, hubungan di antara mereka masih dianggap tegang sehingga ke hari ini.
4. Julia dan Eric Roberts
Julia Roberts dan Eric pernah bergaduh ketika abangnya ini sedang berlawan di mahkamah untuk kes penjagaan anak iaitu pelakon Emma Roberts.
Sebelum ini, Eric mengalami masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol, yang menyebabkan Julia memihak kepada kakak iparnya, Kelly Cunningham, semasa perbicaraan penjagaan anak berlangsung. Julia juga membantu membayar yuran guaman sepanjang perbicaraan tersebut.
Namun selepas kelahiran anak kembarnya pada tahun 2004, hubungan adik-beradik ini kembali membaik. Eric juga menyatakan bahawa tindakan Julia pada masa itu adalah untuk melindungi dirinya dan keluarganya.
5. Kourtney dan Kim Kardashian
Ketika Keeping Up With The Kardashians ditayangkan, memang banyak drama-drama yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Namun antara momen yang paling diingati ramai adalah apabila Kim dan Kourtney telah bergaduh secara fizikal semasa kamera sedang merakam perbualan mereka.
Insiden tersebut berlaku apabila Kim dan Khloe pada awalnya memuji satu sama lain kerana komited dengan kerja-kerja mereka serta turut mengatakan Kourtney tak seperti itu.
Pertengkaran ini kemudiannya bertukar fizikal apabila Kim dan Kourtney mula memukul satu sama lain.
Malangnya, walaupun mereka nampak dah berbaik semula, baru-baru ini Kim dan Kourtney kembali bergaduh di dalam rancangan terbaru mereka The Kardashians apabila kakaknya ini menuduh Kim cuba meniru konsep perkahwinannya dan cuba merampas spotlight daripadanya.
Pertengkaran ini berterusan sehingga Kim mengatakan bahawa orang-orang disekeliling mereka termasuk rakan-rakan rapat dan anak-anaknya sering mengadu bahawa Kourtney sekarang dah berubah.
Manakala Kourtney pula menjawab, dia kini dah tak kisah dengan keluarganya ini dan lebih bahagia dengan kehidupannya sendiri bersama suami barunya, Travis Barker.
Baca:
Jangan main-main istilah ‘anak papa’, silap hari bulan boleh bawa gaduh, dah berlaku dalam parlimen
Video Caprice dan Mondy dakwa terima gangguan seksual cemar reputasi Ebit Lew, mahkamah arah padam