Realtime website trackingweb stats

Peliknya adat kahwin Kazakhstan, aktor ini cerita bagaimana ‘kejantanan’ beliau diuji

Oleh ADINDA

Lain macam adat budaya perkahwinan masyarakat di Kazakhstan. Itu dialami sendiri pelakon Fadlan Hazim, 31, yang sah menjadi suami kepada gadis Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29.

Mereka diraikan sebagai pasangan pengantin dalam majlis yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 16 Julai lalu.

Cerita Fadlan, kali pertama bertemu keluarga isterinya itu semasa bertunang tahun lepas, dia telah diuji dengan ‘task’ yang agak pelik.

Menurutnya, kaum lelaki perlu melalui beberapa ujian bagi menguji ‘kejantanan’ dan kesungguhan untuk berumah tangga.

“Saya pun tak tahu kena lalu ujian berkenaan. Tunang tidak memberitahu saya soal ini.

“Cuma meminta saya mengikut sahaja arahan diberi keluarganya. Antara yang perlu saya lakukan adalah berjalan atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda.

“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan, saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” imbaunya, lapor BH.

Aktor itu juga memberitahu semasa menyatakan hasrat melamar Aiya, beliau terpaksa menggunakan terjemahan dalam telefon semasa berkomunikasi dengan ibu bapa kekasih yang dicintai sejak lebih setahun itu.

Hal ini memandangkan, keluarga Aiya tidak fasih berbahasa Inggeris dan hanya bertutur dalam bahasa Russia.

Walau bagaimanapun, Fadlan atau nama sebenarnya, Fadlan Hazim Anuwar, 31, bersyukur kerana majlis yang dirancang berjalan sempurna.

Beliau mengambil masa selama tujuh bulan untuk membuat persiapan terutama dari segi urusan dokumen pernikahan kerana Aiya bukan warga negara Malaysia.

Baca:

Video Caprice dan Mondy dakwa terima gangguan seksual cemar reputasi Ebit Lew, mahkamah arah padam

Serangga perosak pokok cili cukup takut dengan semburan jenis ini, guna bahan di dapur rumah sahaja, tapi berkesan

Penumpang wanita tinggalkan nota kepada pilot, mesej yang disampaikan menceriakan seluruh kru kabin