Operasi Taufan Al-Aqsa sejak 7 Oktober lalu menyaksikan serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Zionis Israel nyata terkejut dengan serangan Hamas secara besar-besaran di darat, udara dan laut.
Akibatnya, Israel melakukan pengeboman bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang didakwanya sebagai salah satu yang terbesar pernah dilakukan rejim itu ke atas wilayah yang dikepung itu.
Israel juga akan mengenakan “sekatan total” ke atas Gaza, termasuk larangan menerima makanan dan bahan api, di tengah-tengah peningkatan tanda-tanda kemungkinan operasi darat.
Pengepungan sedemikian oleh tentera Israel, dengan tujuan untuk membuat penduduk kelaparan, adalah jenayah perang di bawah statut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ikuti tulisan bertajuk, ‘Labbaika ya Aqsa’ oleh pengguna Facebook, Izzat Ghazali yang menyeru setiap daripada kita memainkan peranan masing-masing dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin:
“Reach rendah dan engagement kurang ini pun antaranya sebab ketidakpedulian kita. Betul, sekatan daripada admin pun ada, cuma kita pun ada peranan sama.
Kita mangli. Dah berapa lama dah dok cerita hal ini, outcome tak nampak. Jadi, kita dah kalis pasal tu dan akhir sekali, rasa macam benda biasa dah. Baik cerita pasal kecam orang lain, lagi syok.
Satu lagi, saya rasa mungkin sebab gerakan-gerakan kita berebut nak ambil kredit. Anda tengok hashtag pun tak nak kongsi benda sama. Punya elok hal itu dah lama, buat lagi yang baru.
‘Labbaik ya Aqsa’ ini maksudnya kami datang wahai Aqsa. Kedatangan kita mungkin boleh jadi dalam bentuk fizikal (pergi sana bantu jadi tentera, petugas perubatan, media, sukarelawan dan lain-lain), material (infaq, buka tabung, kirim duit, beli barangan, bagi wakil kat sana dan lain-lain), malah juga spiritual (buat munajat, doa, qunut nazilah dan lain-lain).
Tapi jangan tertinggal satu lagi: ‘Labbaik’ atau kedatangan dalam bentuk intelektual. Kita pandai Arab, kita baca berita primer, terjemah dan sampaikan maklumat kepada yang lain.
Jika kita pandai lukis kartun, buat video – gunakan medium tersebut untuk tingkatkan capaian bagi mudahkan faham kepada kawan-kawan.
Bumi yang mereka sedang pertahankan, disebut Allah dalam peristiwa Isra’ Mikraj adalah bumi yang diberkati. Nabi pula emphasis yang kita kena sokong mereka di kawasan itu.
Tapi sampai kepada kita, “war is not a solution” pula dah.
Hasbunallah wanikmal wakil (Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung).
Jadi, saya dalam kapasiti kecil ini ajak tuan puan semua untuk keep up to date dengan apa yang sedang berlaku saat ini.
Sebar luaskan bagi create awareness bentuk gelombang yang lebih besar.
Labbaika ya Aqsa, kami mungkin lambat, sibuk dengan macam-macam perkara tetapi kami tetap akan datang dan akan tetap bersama kalian.
Baca:
Main golf tapi ‘kacau’ kedi sebaya anak, ini ‘habuan’ yang dua pegawai kanan tentera dapat
Polis China di Sukan Asia Hangzhou larang pemuda solat, sikap Muslim teruskan ibadat dipuji
CCTV boleh tengok dari rumah, Imam berjaya patahkan percubaan curi speaker masjid