Realtime website trackingweb stats

Bapa ramai anak ini tergamak sebut “baik santau PMX”, netizen terkejut anggap melampau

Oleh ABDULLAH HAMID

Seorang bapa ramai anak mengundang kecaman orang ramai apabila selamba mencadangkan supaya Perdana Menteri disantau.

Sikap pembangkang tegar itu amat mengejutkan memandangkan santau yang bertujuan untuk menyakiti orang lain adalah amalan sihir yang amat ditegah Islam.

“Alang-alang pergi Thailand baik santau PMX sekali bagi dia ingat balik kata-kata dia sebelum jadi PM,” tulis pengguna Facebook atau akaun, Alie Redha.

Semakan mendapati individu berkenaan merupakan penyokong tegar Pas berdasarkan banyak hantaran di media sosial tersebut.

Bahkan, sebahagian cacian pendesak pengeluaran Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) itu hanya mengutuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramai menasihatkan lelaki itu terbabit bahkan pembangkang lain supaya menghentikan politik kebencian sehingga terbabas dari landasan agama.

“Tu dia, konon pejuey Isley tapi main santau.

“Puak Khawarij ni macam tak beriman, dengan ilmu hitam dia main-main pulak.

“Pejuang Islam main santau pulak dah,” demikian antara kata orang ramai selain mengingatkan individu berkenaan mengucap dan beristighfar.

Terdapat juga saranan agar orang ramai membuat laporan polis sebagai pengajaran supaya tidak menormalisasikan politik kebencian dalam khalayak masyarakat.

Baca:

Gaza dibom tanpa henti, setiap rakyat Palestin jadi sasaran, ini 10 fakta terkini wajib tahu

CCTV boleh tengok dari rumah, Imam berjaya patahkan percubaan curi speaker masjid

‘Sweet’ je Ratu Jazz suap suami, rupanya dua kali masuk wad, kini dah pasang ‘stern’ dan dua belon