Realtime website trackingweb stats

Lega isteri selamat bersalin ketika bom hujani Gaza tetapi balik rumah, ini pula yang terjadi

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang lelaki di Semenanjung Gaza menceritakan detik menakutkan ketika menimang anak keduanya yang lahir ketika wilayah Palestin itu dihujani bom paling dahsyat dalam tempoh 15 tahun.

Dalam situasi getir yang bila-bila masa saja meragut nyawa itu, isteri Amer Ashour mula mengalami sakit hendak bersalin ketika Israel mulai menggila, 7 Oktober lalu.

Lapor Al Jazeera, mereka bergegas ke hospital bersalin berdekatan ketika Israel mula mengebom Gaza yang terkepung selepas serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Berpantang maut sebelum ajal, pasangan itu selamat dikurniakan seorang bayi lelaki yang merupakan cahaya mata kedua mereka.

Namun, apa yang mereka tidak sangka ialah hanya timbunan runtuhan batu langsung tiada kesan sejurus mereka pulang ke rumah.

Tentera Israel mengebom bangunan 11 tingkat yang didiami pasangan itu, di kawasan kejiranan Al-Nasr di barat Kota Gaza.

“Apa yang paling saya takuti apabila serangan itu bermula, isteri saya hampir bersalin.

“Saya bimbang bagaimana kami akan sampai ke hospital berikutan pengeboman berterusan tetapi saya tidak sangka rumah saya akan dibom dan musnah,” kata Ashour, lapor Al Jazeera.

Israel pada 8 Oktober lalu telah pun mengisytiharkan “perang” dan meluluskan “langkah ketenteraan yang penting” selepas serangan mengejut Hamas.

Pertempuran sengit Hamas dan Israel setakat 8 Oktober telah mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk sekurang-kurangnya 400 orang di Gaza manakala ribuan orang awam cedera.

Baca:

Ada menyamar Muslim pakai niqab dan acah pengsan, kantoi sudah taktik warga asing di Bukit Bintang

Johan Ghazali raih kontrak RM467,000 menjelang umur 17 tahun, kenali Jojo si jaguh termuda muay thai negara

Nyanyi lagu rock kapak dalam majlis kahwin orang India, ramai kagum vokal padu budak ini