Realtime website trackingweb stats

Polis China di Sukan Asia Hangzhou larang pemuda solat, sikap Muslim teruskan ibadat dipuji

Oleh AHMAD ISMAIL

Tindakan anggota polis China cuba melarang seorang pemuda mengerjakan solat di lokasi pertandingan Sukan Asia Hangzhou menarik perhatian warganet.

Difahamkan, polis berkenaan cuba mengingatkan lelaki berbaju putih tersebut supaya tidak bersembahyang di situ.

Dalam masa sama, perakam video itu pula meminta polis terbabit untuk tidak menghalang lelaki muda tersebut daripada meneruskan ibadat solat.

Hasil bantuan perakam itu juga menyaksikan lelaki berkenaan dapat menyelesaikan solatnya dan mengemaskan sejadah sejurus selepas memberi salam.

Rata-rata memuji sikap belia Muslim itu yang dipercayai dari Uzbekistan apabila dilihat tidak goyah dengan gangguan demi gangguan daripada anggota beruniform tersebut.

Tidak kurang juga yang menghargai individu yang membuat rakaman video dan menasihatkan polis itu supaya berhenti daripada menganggu pemuda berkenaan.

“Sangat respek dengan anak muda yang tidak tinggal solat dalam keadaan dan situasi apapun.

“Solat lima waktu adalah kewajiban bagi setiap Muslim di manapun berada. Terima kasih banyak buat perakam atas bantuannya, sehingga saudara kami dapat selesai melaksanakan solat.

Video:

@sinjaitiktok Sebuah video tentang seorang pria sedang salat dan dilarang polisi China di lokasi pertandingan Asian Games 2023 #asiangames #china #viralvideo #fyp ♬ Epic Inspiration – DM Production

“Semoga semua penonton dan atlet Muslim dilancarkan ibadat di Sukan Asia China. Amin,” kata warganet.

Sikap anggota polis itu yang dilihat cerminan Islamofobia mengingatkan banyak pihak tentang desas-desus global berkenaan diskriminasi Beijing terhadap masyarakat Muslim di wilayah Xinjiang.

Baca:

Johan Ghazali raih kontrak RM467,000 menjelang umur 17 tahun, kenali Jojo si jaguh termuda muay thai negara

Nyanyi lagu rock kapak dalam majlis kahwin orang India, ramai kagum vokal padu budak ini

Simpan dulu hasrat beli kereta, model baharu Produa D66B dan Proton S50 serba pintar akan dilancar dalam masa terdekat