Seorang pemuda yang berasal dari Indonesia nampaknya menawan hati para gadis apabila ketekunannya mengajar kanak-kanak mengaji di Jepun tular di media sosial.
Reaksi itu bermula daripada perkongsian Tiktokers, Adithya Jatmiko menerusi akaun TikTok beliau sendiri yang sehingga kini meraih kira-kira 70,000 tanda suka dan 2,000 komentar.
Berdurasi hanya 30 saat itu, Adithya dilihat mengajar kanak-kanak membaca kitab suci al-Quran di Masjid Darussalam Nishio di Aichi.
Masjid itu dilapor portal berita Okezone, diuruskan sepenuhnya oleh komuniti Indonesia.
Adithya menggunakan bahasa Jepun dalam menerangkan cara bacaan supaya kanak-kanak dapat memahaminya dengan lebih baik.
@4dhit_ya Yuk Semangat Ngaji Ya….,Walaupun di Negri Minoritas 🇯🇵 #fyp #kenshuseijapan🇮🇩🇯🇵🎌 #kenshuuseijapan🇮🇩🇯🇵 ♬ AlHijratu – Mohamed Youssef
Berkat guru itu mengajarkan bacaan Iqra dan al-Quran dapat dilihat pada semangat kanak-kanak terbabit belajar mengaji bersama Aditya.
Baca:
‘Saya ni dahlah berwajah Jawa’, ini jawapan Beto Kusyairy apabila diminta tayang badan