Realtime website trackingweb stats

Hantaran terbaru View Chin cetus spekulasi sudah peluk Islam dan berkahwin dengan Mira

Oleh SHAZLIN AZIZ

Sama ada ia benar atau sebagai salah satu strategi pemasaran, hanya tuan badan yang boleh menjelaskan cerita sebenar.

Apatah lagi ia muncul disaat isu panas mereka berdua yang berlaku sebelum ini belum lagi reda sepenuhnya.

View Chin tiba-tiba kembali menjadi perbualan hangat selepas dia memuat naik satu gambarnya sedang duduk bersama kapsyen ringkas di Facebook yang berbunyi “Assalamualaikum semua.”

Kapsyen ini segera mencetuskan gelombang perbincangan di kalangan netizen, dengan banyak dari mereka mendapati tindakan ini sebagai pertanda bahawa View Chin mungkin telah memeluk agama Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by View Chin (@viewhau)

Namun, di sebalik spekulasi ini, timbul pula satu persoalan yang lebih dalam dan serius dalam kalangan peminat dan pengikutnya – adakah View Chin telah berkahwin dengan Mira, staf wanitanya yang sebelum ini terlibat dalam satu kontroversi besar?

Kehadiran mereka bersama dalam gambar ini menambahkan lagi misteri kepada hubungan mereka, dan ramai yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang perkembangan terkini dalam kehidupan peribadi View Chin.

Dalam dunia maya yang sentiasa penuh dengan desas-desus dan teka-teki, kisah ini pasti akan terus menjadi tumpuan dan berlanjutan dengan spekulasi yang semakin meningkat di kalangan peminat setia View Chin.

Bagaimanapun, View Chin masih belum memberikan sebarang jawapan berhubung perkara ini.

Namun, perlu diperhatikan bahawa dalam dunia media sosial, kita sering melihat ramai rakan-rakan berbangsa Cina yang juga gembira untuk menyampaikan salam ‘Assalamualaikum’.

Adakah anda juga pernah mengamati perkara yang sama?

Baca:

Siapa Nuha dalam drama “Autumn In My Heart” versi Malaysia? Kenali Tracie Sinidol iras Mira Filzah ini

Harga petrol di Malaysia lebih rendah berbanding Arab Saudi, ini sebabnya harga minyak tidak turun

Tak mahu susahkan produksi, rupanya ini sebab Khai Bahar setahun tak berlakon, memang contoh anak soleh