Realtime website trackingweb stats

Lelaki cerita kisah sebenar disebalik lirik lagu Nur Nilam Sari, rupanya bukan saja-saje Awie pilih nyanyi dengan Amy

Oleh FATIN AQILAH

Lagu Nur Nilam Sari sebenarnya memiliki latar belakang yang mendalam bagi sang pencipta lagu.

Ciptaan lagu ini bukan sekadar hasil mencipta melodi yang indah, tetapi juga mengandungi makna yang sangat bermakna bagi pencipta.

Permulaanya ia dicipta sebagai lagu kesyukuran sang ayah setelah menerima anak perempuan yang dinantikan setelah sekian lama.

Tetapi bertukar menjadi lagu tribute kepada arwah isteri sang pencipta lagu apabila isterinya meninggalkannya setelah usia Nur Nilam Sari menjangkau dua bulan setengah.

Peristiwa ini dirangkapkan dalam bentuk lirik oleh sahabat sang pencipta lagu dengan begitu puitis.

“Pinjam sinarmu Nurnilam Sari”
“Buat ku merempuhi malam”

These two lines just hit differently now.

Fun fact untuk lagu Nur Nilam Sari:

Seperti mana yang ramai tau, lagu ni dinyanyikan oleh Awie tapi bukan bersama Wings tetapi Search untuk special collab.

Kebetulan masa tu Amy decided nak buat solo project, jadi Awie step in since dia pon nak buat solo project.

So the song was included in a special Search Awie album called Bikin Wilayah.

Ni pulak version yang didendangkan oleh pencipta lagu sendiri tak lain tak bukan, seniman M Nasir.

This version was included in the Srikandi Cintaku album.

Ia dikeluarkan pada 1999, setahun selepas pemergian arwah isterinya.

Looking back, the whole album was a tribute album to his late wife.

Inilah yang menjadikan Lagu Nur Nilam Sari sebuah karya yang tidak hanya memikat telinga, tetapi juga dapat merentasi kedalaman jiwa penciptanya.

Kredit: @adibhazlami

Baca:

Sabun bau syurga gamaknya, ini rupanya sebab orang ramai sinis terhadap jualan Sabun Rakyat

Cemas hanya tembakan kedengaran, TMJ bersyukur terselamat insiden tembakan di Bangkok

Gah saja Hamid Gurkha dapat anugerah, anak pelawak veteran ini kongsi cerita susahnya tuntut hadiah RM10,000