Seorang pemandu biadab dan membahayakan pengguna jalan raya lain selamba memasang siren sambil menyelit di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan, pada 2 Oktober lalu.
Rakaman video berdurasi 48 saat menunjukkan aksi kereta itu dipandu melulu yang tular di media sosial.
Aksi ‘gila’ pemandu Proton Saga itu dihujani kecaman warganet termasuk dianggap cuba untuk ‘scam’ walaupun realitinya mana ada polis guna Saga.
Susulan itu, polis sedang memburu pemandu terbabit mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan pemandu itu dan kertas siasatan dibuka.
“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak lebih daripada RM15,000,” tambahnya.
Baca:
Rezeki guna mesin gedegang, wanita ini bersyukur raih lebih RM2,000 hasil jual Menu Rahmah
Datang lewat sejam tapi mengeluh barang habis dan saiz ayam kecil, perangai macam ini pun ada