Realtime website trackingweb stats

Dah buang gedik, peminat mahu pula Kak Lina Pom Pom kembali, imej santun Elly M tetap menghiburkan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pengacara energetik malah dianggap gedik melampau ini memang menjadi tumpuan dalam program All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10).

Beliau yang selama ini mesra dibahasakan Kak Lina Pom Pom dan disingkatkan menjadi ‘Kepom’, sudah tampil dengan imej santun ‘control’ ayu seperti yang telah dijanjikan.

Kalau tidak sebelum ini, gelagatnya di pentas yang mencuit hati memang ada juga mengundang kecaman kerana dianggap berlebih-lebihan.

“Assalamualaikum semua. Hari ini boleh panggil saya Elly M. Kalau tidak mahu, panggil Elly Mazlein pun boleh.

“Saya akan cuba ikut cakap netizen,” ujarnya yang bergaun hitam putih dalam nada penuh sopan.

Namun, lain pula reaksi penonton yang menyaksikan GV10 di depan mata mereka.

Khalayak audiens yang memenuhi dewan menjerit nama ‘Kepom’ supaya kembali dengan imejnya sebelum ini.

Pulak dah. ‘Kelahiran semula’ Elly yang dulu popular dengan lagu “Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan” nampaknya agak janggal dan sukar diterima penonton.

Apapun, ramai juga tahu penampilan sopan pelakon dan pelawak itu seperti sengaja dibuat-dibuat.

Hanya mungkin Elly agaknya akur dengan kritikan dan teguran yang diterima agar tidak ‘over’ semasa di pentas GV10.

Minggu lalu, pemegang watak Mona/Minah dalam drama komedi Kampung People itu teruk dikecam netizen yang rimas dengan perwatakannya yang semakin gedik ketika mengacara.

Ekoran kecaman ramai, Elly menerusi satu hantaran dalam Instagram memberitahu, Kak Lina Pom Pom tidak akan tampil lagi sebalikya akan ‘digantikan’ dengan Elly Mazlein.

Baca:

Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar

Pelik peniaga gerai ini, tak mahu tauge pula kena caj, pelanggan anggap tak masuk akal

Kereta wira diubah jadi kereta Batman, kos cecah RM100,000, siap pintu hidraulik dan autopilot