Realtime website trackingweb stats

‘Hiking’ di G7 dan G12? Mungkin satu hari nanti anda juga bakal menjejakkan kaki ke sana

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ada yang hujung minggu saja ‘ghaib’ dari rumah kerana sibuk ‘hiking’. Aktiviti mendaki memang seronok tambahan jika bersama keluarga atau rakan-rakan.

‘Hiking’ dan aktiviti menyusuri denai hutan dapat merehatkan minda sambil menghayati kehijauan alam dengan diiringi pancaragam mergastua.

Di sekitar Lembah Klang saja, banyak bukit dan gunung yang boleh didaki seperti Bukit Gasing di Petaling Jaya; Bukit Dua Ringgit di Hulu Selangor, Bukit Broga di Semenyih; Bukti Melati, Nilai dan Gunung Nuang, Hulu Langat.

Malah, ada ‘port hiking’ yang menapak 15 minit saja sudah sampai ke puncak iaitu Bukit Guling Ayam, Gombak.

'Hiking' di G7 dan G12? Mungkin satu hari nanti anda juga bakal menjejakkan kaki ke sana

Trek santai dan sesuai untuk semua ini mudah saja untuk diakses. Lalu pintu masuk Urban Ecolife Agrofarm dekat Petronas Lingkaran Karak yang ada Starbucks Drivethru.

Itu ‘hiking’ yang betul-betul untuk baru nak ‘up’ dalam aktiviti menyusuri jalur pendakian menuju ke puncak.

Bagaimana dengan G7 dan G12 yang begitu didambakan dalam kalangan pendaki tegar?

Sebenarnya, G7 adalah senarai 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian melebihi daripada 2,134 m (7000 kaki).

Berikut adalah senarai G7 yang mungkin satu hari nanti anda bakal menjejakkan kaki ke sana:

1. Gunung Tahan (2,186 meter)
2. Gunung Korbu (2,183 meter)
3. Gunung Yong Belar (2,181 meter)
4. Gunung Gayong (2,173 meter)
5. Gunung Chamah (2,171 meter)
6. Gunung Yong Yap (2,168 meter)
7. Gunung Ulu Sepat (2,161 meter)

Sementara itu, G12 pula merupakan gabungan G7 dan tambahan 5 lagi gunung tertinggi di Sabah dan Sarawak yang juga dikenali sebagai ‘Big Five Borneo’ iaitu:

8. Gunung Kinabalu (4,095 meter)
9. Gunung Trusmadi (2,642 meter)
10. Gunung Tambuyukon (2,579 meter)
11. Gunung Murut (2,422 meter)
12. Gunung Mulu (2,376 meter)

Apapun, sama ada mendaki bukit mahupun gunung yang dalam kategori G7 dan G12, persiapan dari segi fizikal dan mental perlu diberi perhatian.

Walaupun mahu mendaki Bukit Guling Ayam yang hanya 15 minit itu pun, pemakaian kasut yang sesuai amat penting kerana keselamatan diri tidak boleh dikompromi walaupun sesaat.

Bagi mereka yang memiliki masalah berat badan berlebihan pula, dinasihatkan cubalah berjinak-jinak dengan aktiviti berjoging terlebih dahulu.

'Hiking' di G7 dan G12? Mungkin satu hari nanti anda juga bakal menjejakkan kaki ke sana

Sebabnya, berbanding sukan larian, aktiviti mendaki dikategorikan sebagai aktiviti fizikal ekstrem.

Tentunya, anda tidak mahu menyusahkan rakan sependakian mahupun pihak bomba jika berlaku sebarang masalah disebabkan masalah berat badan anda anda.

Baca:

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji dan bonus, besar juga jumlah yang Ceupacs cadang

Pulih sepenuhnya kanser tahap 4, pengalaman remaja hafaz al-Quran ini mengagumkan

Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia