Tular di media sosial seorang wanita menjadikan makanan kucing sebagai snek walaupun aspek keselamatan masih tidak diketahui.
Menerusi akaun TikTok @snowbelle_febby, perlakuan wanita di Indonesia itu mengundang tanda tanya orang ramai.
Rata-rata menganggap tindakan itu pelik malah meluahkan rasa hairan memandangkan makanan haiwan tersebut yang kuat berbau hanyir.
Namun, apa kata pakar pemakanan? Adakah makanan kucing selamat untuk dimakan oleh manusia?
Menurut pakar pemakanan Indonesia Dr. Putri Sakti, makanan kucing secara umumnya tidak beracun dan berbahaya.
Namun, makanan itu, jelasnya, bukan dicipta untuk manusia, malah, makanan mentah berbahaya kerana boleh dicemari pelbagai bakteria, virus dan sebagainya.
“Makanan kucing tidak beracun dan tidak berbahaya asalkan bersih, tetapi memang ada yang mentah.
“Selain menyebabkan masalah penghadaman, virus dan bakteria juga boleh menyebabkan jangkitan dalam sistem badan,” katanya, dipetik Agensi.
Hal sama juga ditegaskan oleh pakar gastroenterologi dan hepatologi, Dr. Aru Ariadno.
Jelasnya, makanan kucing mengandungi mineral tambahan yang baik untuk kucing, tetapi tidak baik untuk kesihatan pencernaan manusia.
@shalput_ #stitch dengan @snowbelle_febby ♬ suara asli – Shalput_
Beliau berpendapat kesan penghadaman tidak membawa maut, tetapi akibat pengambilan makanan kucing yang mengandungi kandungan mineral tinggi, tubuh akan berlebihan vitamin A.
Akibatnya, kata beliau lagi, boleh mengakibatkan loya, muntah, sakit perut, rambut gugur dan kulit kering.
Baca:
Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji dan bonus, besar juga jumlah yang Ceupacs cadang
Pulih sepenuhnya kanser tahap 4, pengalaman remaja hafaz al-Quran ini mengagumkan
Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia