Kolej kediaman lelaki di UiTM sering menjadi saksi bagi berbagai kisah seram dan pengalaman yang sukar dilupakan oleh para penghuninya.
Mari kita jelajahi pengalaman seram yang dialami oleh seorang pengguna Twitter yang pernah duduk di Kolej Kediaman Lelaki di UiTM.
Sebelum mula cerita pastikan korang duduk sorang diri atau duduk dalam gelap kalau korang nak feel kisah seram aku ni la, tiada paksaan dan aku nak ucapkan selamat datang ke UiTm Kampus Jengka untuk pelajar baru yang dapat sambung diploma di Uitm kampus Jengka.
Okay, perkara pelik ni berlaku pada tahun 2018 di kolej kediaman lelaki (SISWA) Blok K tingkat 3 (bangunan asrama lelaki paling dalam atau belakang). Aku bekas pelajar Pra-diploma dekat Uitm Kampus Jengka dan belajar selama 6 bulan sahaja.
Benda ni terjadi selepas aku habis test “Introduction of Account”(ACC030). Dah penat belajar hampir separuh hari pastu habis paper Akaun tu petang pula, memang barai la penat katil dalam bilik tu dah memanggil and malam tu aku buat keputusan untuk nak tidur awal.
Pada malam tu lepas isyak, roommate aku ajak aku makan dekat luar, berdekatan bandar jengka. Tak jauh pun dari uitm dalam 2 km je dari uitm ke bandar jengka tu tapi aku cakap dekat roommate aku tu, aku dah barai teruk. Malas nak keluar bandar.
Pastu malam tu aku ingat lagi, lorong bilik aku dekat tingkat 3 tu, semua pergi main futsal and ada yang pergi makan merayau tu apa semua.
Biasalah student lepas habis test tu, enjoy la sikit. Memang aku rase masa tu lorong bilik aku dah sunyi sepi dan aku sorang je dalam bilik. Yang lain ada dah keluar makan berfutsal semua tu bagailah.
Ini part aku start seram. Dalam area pukul 10 lebih macam tu, aku nak ke tandas and dalam perjalanan ke tandas tu, aku dah rase macam diperhatikan tapi aku buat “dont know” je lah.
Kolej kediaman lelaki ni setiap blok semua kongsi tandas tingkat masing ii and dalam tandas tu pula ada 6 bilik air.
Okay, lepas aku buang hadas besar tu semua, macam biasa la, aku pergi singki cuci tangan muka tu semua, mase ni aku dah nampak satu kelibat orang lalu depan pintu tandas tu. Berdasarkan aku nampak tu macam seolah orang pakai selimut hitam menutup satu badan yang sedang berjalan.
Tetiba aku tergerak hati nak tengok, dengan pantasnya aku jenguk keluar tandas tu, tiada sesiapa pun. Aku tak sedap hati.
Lepas tu, aku mula la tak rilek then aku terus ke bilik aku, and baring atas katil. Aku call la Si Roomate aku tu and tanye, “lama lagi ke kau dekat bandar?”.
Tapi mase tu roomate aku cakap dia otw balik so aku lega sikit. Tapi masih awal lagi nak menarik nafas lega.
Beberapa minit lepas roommate aku balik tu, aku tanya la dia, “weh, kau balik tadi, kau berjalan seret-seret kaki ke?” pastu roommate aku cakap la, “seret kaki? Mana ada, kau ingat aku berjalan ke tadi?
Aku punya la berlari dekat tangga tadi sebab tangga blok kite ni nampak usang, seraaammm! Hahaha tu pasal aku buka pintu laju-laju tadi. Sorry doh buat kau terkejut.” kata roommate aku.
For your information, tangga dekat setiap blok asrama di kolej kediaman siswa ni dah usang sebab blok lama so agak scary la sikit. Moving on, lepas je aku dengar roommate aku cakap macam tu, aku dah start pelik.
Kalau roommate aku berlari tadi, sesiapa pula yang jalan yang bunyi macam mengheret kaki depan bilik aku tadi? And siapa pula yang ketuk pintu bilik aku tadi? Yang lagi pelik, aku langsung tak dengar bunyi roommate aku berlari.
Sepatutnya dah boleh dengar bunyi orang berlari dari tingkat bawah lagi.
So aku try la untuk rilekkan diri aku ni so senang aku nak tidur tapi malangnya tidak. Actually aku dapat tidur lepas aku tanya roommate aku tu tapi aku tidur hanya sekitar dari pukul 11 lebih hingga 3 pagi macam tu. Okay ni part aku paling tak suka.
Pukul 3 pagi tu aku terjaga and aku tak boleh lelapkan mata dah. I dont know why tapi mase tu juga aku nak ke tandas. Nak buang air.
Biasanya tingkat 3 Blok K yang aku duduk ni, pukul 2 ke 3 pagi ni semua member-member aku dah tidur. Sunyi sepi gile tambah lagi lampu lorong nak ke tandas tu dah tutup Gelap la juga cuma lampu tandas je yang buka so memang scary la!
Nak tak nak, aku kene pergi juga sebab dah tak tahan dah ni. Kene juga buang air.
Yang aku bulat tu tandas yang aku kene pergi.
Aku langkah je keluar dari bilik aku tu, pergh! Gelap gila. Mase tu aku cuma nampak lampu tandas je yang bercahaya. Aku terpaksa ambik phone aku guna sebagai flash light. Masa aku pergi tandas tu takde ape ape pun terjadi cuma aku je la tak rilek.
Cuba bayangkan kalau korang jalan dalam gelap sorang-sorang.
Okay, bile aku masuk je tandas tu, terus rase tak sedap hati. Rase macam diperhatikan. Im try to be chill. Aku try je buat tak tahu. Lepas aku buang air tu semua, aku pergi la dekat singki cuci tangan, cuci muka macam biasa, tiba-tibe.. POOWKK!
Bunyi pintu bilik air dihempas dengan kuat. Terperanjat aku.
Pintu bilik air yang dihempas tu seolah-olah macam kene tiup angin yang kuat tapi masalahnya tak terasa pun angin dalam tandas tu pun, tingkap tandas tu berada agak tinggi and saiz dia kecil je. Mustahil la.
Okay, dalam tandas blok aku ni singki dia panjang so ade cermin panjang juga. Tibe tibe..
POWKK! Bunyi pintu dihempas lagi. Aku dah tk rilek, aku anggap ade orang lain masuk bilik air tu so positivekan je la diri aku tapi at the same time aku fikir juga “mana ade orang hempas pintu kuat-kuat tengah pagi buta macam ni and for what dia nak hempas pintu?” bisik dalam aku
Disebabkan aku dekat singki and cermin betul-betul depan aku, I try to tundukkan kepala aku kebawah sebab taknak tengok benda “tu” dekat cermin and jalan terus keluar dari tandas.
Ni part bagi aku seram nak mampus yang pernah jadi dekat aku. Sambil aku jalan terus ke bilik tu, aku ada la baca ayat kursi tu semua tapi dalam hati la sebab time tu mulut aku umpama dah terkunci. Tak boleh nak bersuara. Then, aku jalan ke bilik tu tanpa flash light tau!
Aku harapkan cahaya bulan yang terang je mase aku jalan tu dengan keadaan kepala aku tunduk ke bawah sambil jalan lagi. Haih!
Sampai je depan pintu bilik aku tu, aku toleh mata aku ke arah kiri dimana tak jauh dari bilik aku and aku nampak satu lembaga hitam berbulu yang tengah berdiri di hujung blok asrama aku. Yang aku bulat tu area dia duduk. Arrow biru tu bilik aku.
tapi aku tak sure mase tu sama ada dia pandang aku or dia just berdiri je dekat situ im not sure la sebab aku terlalu takut! First time jadi dekat aku kot.
Tapi memang confirm la aku nampak ade satu kelibat hitam berbulu dengan susuk tubuh badan bukan macam manusia yang sedang tengah berdiri dekat hujung blok aku tu. Aku keep on baca surah-surah yang patut and masuk bilik terus lelapkan mata.
Alhamdullilah, aku dapat lelapkan mata tapi esok pagi tu, aku terlajak subuh and aku kena demam yang agak teruk sampai tak larat nak jalan and hilang selera makan. Mujur aku kene demam tu hari cuti. Tapi lepas kejadian tu benda tu tak kacau dah.
Sumpah aku tak cerita dekat member aku dekat situ. Aku diam je.
Sebenarnya ade lagi kisah seram tapi bukan experience aku la. Ada member aku cakap, time dia tengok movie sorang-sorang dalam bilik, dia terdengar budak ketawa. Ada yang kena tindih tiap-tiap malam. Entah la betul ke tak.
Bukan Blok aku je yang seram.
Blok bangunan kelas aku selalu pergi pun seram juga lagi-lagi lorong belakang “MEDEC” tu.
MEDEC tu macam klinik la tapi ada dalam UiTM.
Tu video member aku. Time tu satu hostel Lelaki takde air. Terpaksa pergi ke tandas blok kelas yang selalu kitorang pergi. Jauh la juga dari hostel lelaki nak ke blok kelas kitorang tu dalam 15minit. Fuh! Seram teruk.
So itu sajalah pengalaman aku dengan makhluk tersebut. Sorry guys kalau tak seram sangat dengan cerita aku ni.
Serious aku cakap ni first time kena macam ni tapi ade moral juga bende ni berlaku dekat aku. Dalam cerita memang salah aku la sebab gatal nak pi tengok kalau kelibat lalu depan tandas seolah-olah cari pasal hahaha.
Kalau nampak benda “tu”, jangan kacau and buat tak tahu and jangan tinggal solat banyak banyakkan berdoa pada ALLAH agar kita dihindari dari gangguan jin dan syaitan ini semua. So, thank you sangat untuk korang yang sudi baca sampai habis. Ehek!
Baca:
Caprice upah ‘bodyguard’ khas jaga keselamatan Mondy, bahaya selagi kes tak selesai
Terkejut bunyi mercun dinyalakan jiran, bayi meninggal dunia secara tragis, maaf pun dah tak guna