Seorang pempengaruh di Indonesia dikenali sebagai Lina Mukherjee dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas buat ‘content’ di laman sosial TikTok di mana dia berdoa sebelum makan daging babi.
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman tersebut kerana melanggar undang-undang berkaitan agama di republik mempunyai hampir 280 juta penduduk itu.
Walaupun mengaku beragama Islam, Lina Lutfiawati menerusi video TikTok pada Mac lalu makan kulit babi yang rangup selepas membaca Bismillah.
Mahkamah di bandar Palembang, Indonesia mendapati dia sengaja “menyebarkan maklumat yang bertujuan untuk menghasut kebencian atau permusuhan individu/kumpulan berdasarkan agama.”
Ia memerintahkan dia membayar denda 250 juta rupiah bersamaan kira-kira RM77,000.
Bagaimanapun, ramai juga warga Indonesia menganggap undang-undang ketat Indonesia telah digunakan untuk menghakis reputasi lama untuk toleransi dan kepelbagaian di negara itu.
@cnnindonesia Tiktoker dan selebgram Lina Mukherjee, divonis dua tahun penjara dan denda 250 juta rupiah subsider tiga bulan kurungan. Putusan majelis hakim ini sama persis dengan tuntutan jaksa. Atas vonis itu Lina menyatakan pikir pikir. #kontenmakanbabi #linamukherjee #linamukherjemakanbabi #sidangvonis #PNPalembang ♬ original sound – CNN Indonesia
Tambah menjengkelkan, selepas perbicaraan, Lina memberitahu pemberita bahawa dia terkejut dengan keputusan itu.
“Saya tahu saya salah tetapi saya tidak menjangkakan hukuman ini,” kata Lina di stesen berita tempatan MetroTV.
Majlis Ulama Indonesia (MUI), sebuah badan tertinggi ulama, memberitahu mahkamah bahawa tindakan Lina adalah menghina Islam, menurut dokumen mahkamah.
Baca:
Caprice upah ‘bodyguard’ khas jaga keselamatan Mondy, bahaya selagi kes tak selesai
Terkejut bunyi mercun dinyalakan jiran, bayi meninggal dunia secara tragis, maaf pun dah tak guna
Kastam kantoikan wanita seludup ular berbisa, lipan gergasi, cicak dalam coli dan pakaian dalam