Malaysia telah menghasilkan banyak individu kaya, tetapi tidak ramai di antara mereka yang mampu mempertahankan kekayaan hingga ke keturunan yang ke-7.
Ketahui 4 keluarga Malaysia yang telah berjaya membina warisan kekayaan dan kekayaan generasi.
1- Arwah Tan Sri Nasimuddin SM Amin
Arwah bermula sebagai kerani dan pembantu kontraktor binaan di syarikat pembinaan bapanya.
Pada tahun 1974, beliau mampu menyimpan RM80,000 dalam akaun hasil gaji sebagai pembantu ayahnya.
Minat arwah terhadap kereta dan automobil membuahkan hasil dengan membeli 20 permit import (AP) dan mengimport kereta buatan asing dari Jepun.
Kumpulan Naza kini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri seperti kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, hartanah dan banyak lagi.
Anaknya Datuk Wira SM Faisal adalah Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza serta Pengasas dan Pengarah Urusan Eftra Holdings Sdn Bhd.
Anaknya Datuk Wira SM Faisal adalah Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza serta Pengasas dan Pengarah Urusan Eftra Holdings Sdn Bhd.
SM Nasarudin pula merupakan Ketua Operasi Naza Corporation Sdn Bhd dan mengambil alih jawatan CEO di tiga syarikat Naza iaitu Nasim Sdn Bhd, Naza Corporation Sdn Bhd dan NZ Diners Sdn Bhd.Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Anak lelaki bongsu iaitu SM Faliq memegang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn Bhd dan berkahwin dengan Chryseis Tan anak kepada Pengerusi Berjaya Corporation Berhad iaitu Tan Sri Vincent Tan.
2- Robert Kuok
RK bermula sebagai seorang office boy dan selepas tamat belajar di Raffles Institution, beliau bekeja sebagai kerani di syarikat beras Jepun.
Robert bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung pada tahun 1949.
Kini, beliau orang utama syarikat multinasional iaitu Kumpulan Kuok yang menjalankan beberapa perniagaan seperti penanaman tebu, penapisan gula, pengilangan tepung, hotel, hartanah, pengangkutan dan pelbagai lagi. Beliau juga pengerusi hotel Shangri-la dan Resort Chain.
Anak beliau Kuok Khoon Ean ialah org yg bertanggungjawab menguruskan operasi harian perniagaannya.
Anak yang lain Kuok Khoon Ho adalah pengerusi Kuok Brothers. Anak perempuannya Kuok Hui Kwong pula Managing Director dan Chief Executive SCMP Group dan Chairperson Shangri-La Asia.
3- Tan Sri Vincent Tan
Beliau merupakan pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group.
Pelbagai rangkaian bisnes dijalankan oleh kumpulan Berjaya seperti perhotelan, penerbangan, resort, perjudian dan mempunyai Menara Berjaya Times Square yang terletak di Kuala Lumpur.
Anak lelaki sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching mengambil alih jawatan Ketua Eksekutif (CEO) syarikat B-Corp, yang merupakan syarikat utama Berjaya Group of Companies.
Anak perempuannya Chryseis Tan merupakan peneraju startup bisnes fesyen Goxip.
Anak perempuannya yang lain Nerine Tan mengambil alih jawatan CEO bagi syarikat Berjaya Sports Toto Bhd.
4- Bonda Rozita Ibrahim
Pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Melaya ini merupakan ibu kepada Dato’ Sri Aliff Syukri Bin Kamarzaman.
Beliau memiliki Sendayu Tinggi Holdings dan mempunyai 9 anak syarikat lain.
Sendayu Tinggi Manufacturing yang terletak di Port Klang diuruskan anak perempuannya Noor Hayati Kamarzaman. Bonda Rozita telah memberi kepercayaan kepada Hayati untuk menguruskan jenama Sendayu Tinggi.
Manakala anak lelakinya pula adalah pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris.
Baca:
Mulanya beri sumbangan tapi ambil balik lepas tangkap gambar, ramai kecam sikap demi ‘content’
Shah Rukh Khan kongsi detik paling memalukan dalam hidup, pasrah serah alat sulit untuk dicucuk