Satu perkongsian klip video di TikTok kisah seorang teman lelaki yang curang selepas lima tahun bercinta menarik perhatian warganet.
Menerusi akaun mellymochii, TikTokers malang itu yang diakhir rakaman video rupa-rupanya memandu BMW.
Susulan itu, ramai bersimpati dengannya walaupun kaya masih lagi mempunyai teman lelaki yang sanggup bersikap curang.
Rata-rata membandingkan dengan diri masing-masing yang ada antaranya hanya naik bas percuma KL atau motosikal sahaja lagilah berisiko tinggi dikhianati pasangan masing-masing.
Terdahulu, Melly bercerita mendakwa bahawa ramai kawannya pernah nampak kekasihnya yang sudah pun bergelar tunangnya selalu berada dengan perempuan lain.
Namun, Melly tidak percaya selagi tidak nampak dengan mata kepalanya sendiri.
Menerusi tangkap layar, seorang kawan Melly beritahu ternampak sosok seperti Muiz iaitu teman lelaki wanita BMW berkenaan.
“Bila call cakap dekat rumah. Biasanya dia balik kerja pukul 10 malam, mesti dia akan call tapi hari itu, tak,” tertera pada kapsyen video itu.
Melly turut merakam perbualannya dengan bakal suaminya yang lagi sebulan akan ke jinjang pelamin itu.
Namun, alasan lelaki berkenaan, dia lupa untuk menelefon Melly.
“Dia (tunang curang) buat macam takde apa-apa je. Ya Allah, sakitnyalah hati. Padahal, depan mata aku, dia dengan betina lain,” luah Melly.
Lelaki itu kemudiannya tetap berbohong mengatakan dia ketika itu berada di rumah walaupun didesak Melly supaya bersikap jujur.
Babak seterusnya menyaksikan Melly keluar dari BMW miliknya dan berjalan ke arah lelaki itu yang sedang berada bersama seorang perempuan berbaju putih.
@mellymochiitakde lagi istilah susah senang sama sama dgn lelaki
Tambah mengecewakan Melly apabila kekasihnya itu mengingatkan supaya tidak mengapa-apakan skandalnya itu.
“Akhirnya aku gerak. Kalau ikut hati dua-dua lunyai dah.
“Tau kau speechless. Selama ni kau manipulasi aku sampai aku fikir kawan-kawan aku yang jahat.
“Hubungan lima tahun yang sia-sia. Aku ada dengan dia dari dia takde apa-apa. Setahun aku tanggung dia sampai dia stabil,” dedah Melly lagi.
Malah, turut sama meruntun perasaan warganet apabila Melly memberitahu kejadian teman lelakinya yang curang itu berlaku hanya lagi sebulan mereka bernikah.
“Betullah orang cakap lelaki bila dah senang sikit, dia lupa siapa yang ada dengan dia dari dia susah dulu.
“Lagi sebulan nak nikah, jadi macam ni pula. Luluhnya hati ini,” luah Melly lagi.
Baca:
Awas! Malaysia negara ketiga paling banyak petir, ini 4 kes maut dipanah petir
Syarikat penerbangan buat peraturan kena timbang berat badan sebelum berlepas, tak ada terkecuali