Realtime website trackingweb stats

Sepakan CR7 cederakan jurukamera, walau dahi benjol tetapi tetap selamba cover macho

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Nama Cristiano Ronaldo menjadi perbualan hangat setelah sepakan percuma beliau menyebabkan seorang jurukamera cedera.

Kejadian ini berlaku semasa perlawanan Saudi Pro League antara Al-Raed dan Al-Nassr pada awal pagi Ahad.

Ronaldo, yang mengambil sepakan percuma dengan harapan menembusi gawang Al-Raed, malangnya gagal.

Bola tersebut, sebaliknya, mengenai kepala jurukamera yang berada di belakang gol sebelum melantun ke arah penonton.

Akibat sepakan kuat dari penyerang Portugal tersebut, jurukamera itu mengalami benjolan pada bahagian dahi.

Namun, perlu diakui keprofesionalan jurukamera tersebut yang terus membetulkan kedudukannya selepas insiden itu.

Tetapi, insiden itu tidak menghentikan semangat Ronaldo.

Bekas penyerang Manchester United itu kemudian mencipta gol ketiga untuk Al-Nassr pada minit ke-78.

Dengan dua gol awal yang dicetak oleh Sadio Mane dan Anderson Talisca, Al-Nassr berjaya menewaskan Al-Raed dengan skor 3-1.

Selepas ini, Al-Alami akan memberikan tumpuan kepada aksi mereka dalam Kumpulan E Liga Juara-Juara AFC (ACL) menentang Persepolis pada 20 September ini.

Baca:

Lelaki ditangkap khalwat isteri orang, namun hukuman pelik ini buat suami wanita tersebut tak puas hati

Farid Kamil dedah punca buat dia kembali bersatu dengan Diana Danielle, sukar diluahkan dengan kata-kata

Siapa Mohd Yatim Yahaya? Ketahui siapa tokoh ini sehingga jadi nama jalan