Realtime website trackingweb stats

Kisah sedih pendaki OKU pertama Malaysia tawan Everest, ini usaha bantu keluarga Hawari

Oleh FATIN AQILAH

Kisah sedih pendaki OKU pertama Malaysia tawan Everest, ini usaha bantu keluarga Hawari.

Kehilangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, ketika turun dari puncak Everest masih lagi tinggal tanda tanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pun sudah ditamatkan pada 16 Jun lalu dan akan disambung pada tahun depan.

Namun, usaha mencari yang bermula 19 Mei itu masih belum menemui sebarang petunjuk.

Malah, permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal juga sudah tamat.

Aktiviti pendakian ke puncak Everest juga sudah ditutup bermula 29 Mei lalu.

Di mana sebenarnya Hawari berada kini?

Pada 15 Jun lalu, pasukan SAR menyangkakan jasad Hawari kerana objek seperti jasad manusia itu ‘memakai’ sut berwarna sama dengan Hawari ketika mengadakan misi pendakian

Namun, objek yang berada antara Kem Dua dan Kem Tiga itu hanya longgokan sampah dan khemah yang diterbangkan angin.

Hawari sebelum ini dilaporkan berjaya menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter dari paras laut, kira-kira pukul 3.30 petang waktu Nepal, 18 Mei lalu.

Ketika misi pendakian, pendaki OKU berkenaan membawa bendera negeri kelahirannya Pulau Pinang.

Hawari mencipta rekod sebagai rakyat Malaysia pertama yang berjaya sampai ke puncak tertinggi dunia dengan kekurangan fizikal dirinya.

Kehilangan Hawari kini masih diselubungi teka-teki. Lebih menyayat hati pastinya isteri beliau, Saffiyah Tang Xie Lie, 34, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran seperti suaminya.

Mereka yang tinggal di Kampung Permatang Kerai Besa bersama ibu Hawari, Che Tom Hassan, 64, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Hana Sakeena dan Haris Sufian yang juga OKU pekak dan bisu.

Sehubungan itu, Muzium Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif menjual T-shirt “Tribute to Hawari”.

Orang ramai boleh mendapatkan T-shirt ‘Everest’ Hawari dengan hanya RM60 sehelai dan hasil jualan T-shirt ini akan disalurkan sepenuhnya kepada keluarga beliau.

Pengeposan akan dibuat oleh Kelab Kakitangan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan kos penghantaran adalah PERCUMA.

Berikut adalah makna disebalik T-shirt “Tribute to Hawari”:

Kisah sedih pendaki OKU pertama Malaysia tawan Everest, ini usaha bantu keluarga Hawari.Kehilangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, ketika turun dari puncak Everest masih lagi tinggal tanda tanya.

1. Huruf dalam bahasa isyarat mewakili W-A-R-I.

2. Koordinat longitud dan latitud lokasi puncak Everest dan lokasi terakhir Hawari sebelum hilang.

3. Angka Roman itu ialah 05.19.2023 iaitu tarikh Wari sampai ke puncak Everest.

4. Everest = ‘Ever’ berwarna kuning dan ‘Rest’ berwarna kelabu melambangkan ‘Ever-Rest’ – berehat selamanya.

5. Reka bentuk berwarna putih melambangkan puncak Everest.

Pembelian boleh dibuat ke akaun CIMB Kelab Kakitangan Muzium Negeri Pulau Pinang (800 406 005 9).

Sila scan “QR code” yang tertera ini bagi urusan belian t-shirt “tribute to Hawari”.

Kisah sedih pendaki OKU pertama Malaysia tawan Everest, ini usaha bantu keluarga Hawari.Kehilangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, ketika turun dari puncak Everest masih lagi tinggal tanda tanya.

Baca:

Bangkai makhluk asing didakwa berusia 1,000 tahun jadi bahan polemik di Mexico

Elok puji staf pejabat pos tapi hujung coretan pula mengundang berang kaum Hawa

Selepas ‘berbakul’ JPJ dikecam sebab sita motor penunggang p-hailing, akhirnya Shahrul cerita perkara sebenar, banyak komen tak betul