Punyalah takut dimarahi bini, lelaki sanggup buat laporan polis palsu dakwa disamun, dia punya ‘gebang’ buat polis pun ragu
Seorang lelaki sanggup membuat laporan polis palsu kononnya menjadi mangsa samun untuk mengelak daripada dimarahi isterinya kerana tidak mampu memberi wang belanja akibat kehabisan wang gaji.
Bagaimanapun helahnya itu tidak sukar dikesan pihak polis yang meragui keterangannya selepas melawat lokasi di Jalan Ibok – Paman, Kemaman yang didakwa berlakunya kejadian itu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan yang memaklumkan, suspek berusia 29 itu membuat laporan di Balai Polis Pasir Gajah pada pukul 4.20 petang kononnya telah disamun.
Beliau berkata, berdasarkan laporan lelaki tersebut, dia mendakwa kononnya telah disamun dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha Y150ZR.
“Dia mendakwa dua lelaki yang menyamunnya itu sukar dikenali kerana memakai jaket dan topi keledar bertutup penuh serta tidak dapat mengenalpasti nombor pendaftaran motosikal digunakan.
“Dakwanya, dia kerugian wang tunai RM1,500, rantai dan loket emas bernilai RM700 serta dompet akibat perbuatan samun tersebut,” katanya di sini hari ini.
Walaubagaimanapun siasatan lanjut polis termasuk pemeriksaan di lokasi kejadian didakwa meragui keterangan lelaki terbabit.
Jelas beliau, selepas disoal siasat suspek akhirnya mengaku yang beliau sebenarnya telah membuat laporan palsu.
Baca:
Elok puji staf pejabat pos tapi hujung coretan pula mengundang berang kaum Hawa
Lelaki kongsi tips betul jika nak jimat elektrik, bil turun dari RM300 ke RM50