Realtime website trackingweb stats

Dah 26 tahun meninggal dunia pun, baju panas Puteri Diana dilelong lebih RM5 juta

Oleh NURAIMAN

Dah 26 tahun meninggal dunia pun, baju panas Puteri Diana dilelong lebih RM5 juta.

Harimau mati meninggalkan belang tetapi lain pula dengan pewaris takhta kerajaan United Kingdom, Puteri Diana yang meninggal dunia sudah 26 tahun lalu.

Sehelai baju panas miliknya yang dikatakan mempunyai nilai simbolik dijual pada harga AS$1.14 juta (RM5.34 juta) dalam satu lelongan oleh Sotheby’s di New York.

Baju berwarna merah itu memaparkan seekor kambing biri-biri hitam bersama beberapa ekor kambing biri-biri putih.

Dah 26 tahun meninggal dunia pun, baju panas Puteri Diana dilelong lebih RM5 juta
Baju panas Puteri Diana dipamerkan di rumah lelong Sotheby’s di London.

Reka bentuk baju panas itu sering didakwa melambangkan kedudukan Diana dalam keluarga diraja Britain.

Ditemui pada Mac lalu, baju panas itu antara beberapa objek milik ‘Puteri Rakyat’ itu yang dilelong dalam beberapa tahun sejak kebelakangan itu.

Lelongan itu dibuka pada 31 Ogos lalu dan tawaran awal kekal pada harga AS$200,000 (RM936,400) sehingga ia dinaikkan pada saat akhir pada 14 September lalu.

Sebelum lelongan dibuka, Sotheby’s menganggarkan “baju panas kambing biri-biri” itu akan dijual sekitar harga AS$50,000 hingga AS$80,000.

Walau bagaimanapun, identiti pemenang lelongan itu tidak didedahkan, lapor Agensi.

Pada tahun 2022, kenderaan milik Diana, sebuah kereta jenis Ford Escort, dilelong pada harga AS$806,000 (RM3.77 juta).

Barang kemas Attallah Cross dengan batu kecubung (amethyst) yang sering dipakai Diana, dijual kepada Kim Kardashian pada harga AS$203,000 (RM950,000) dalam satu lelongan pada Januari lepas.

Diana meninggal dunia pada usia 36 tahun bersama suaminya, Dodi, 42, serta pemandu mereka Henri Paul, 41 pada Ogos 1997.

Kenderaan mereka terbabas dalam terowong jalan raya di Paris ketika pasangan itu cuba melarikan diri daripada ‘paparazi’ yang menaiki motosikal.

Bapa Dodi, seorang jutawan Mesir yang juga pemilik gudang beli-belah Harrods, Mohamed Al-Fayed, menghabiskan masa 10 tahun untuk cuba membuktikan Diana dan anaknya itu dibunuh.

Baca:

Selepas ‘berbakul’ JPJ dikecam sebab sita motor penunggang p-hailing, akhirnya Shahrul cerita perkara sebenar, banyak komen tak betul

Lelaki kongsi tips betul jika nak jimat elektrik, bil turun dari RM300 ke RM50

Puteri yang boleh berhubung dengan malaikat bakal kahwin dengan ‘pawang besar’