Lelaki kongsi tips betul jika nak jimat elektrik, bil turun dari RM300 ke RM50.
Dalam situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu, semua orang mahu melakukan penjimatan semaksisma mungkin.
Seorang lelaki ini berkongsi pengalamannya yang berjaya melakukan penjimatan lebih separuh dari bil elektrinya sebelum ini.
Semuanya gara-gara ‘dakwah’ emaknya yang tidak jemu menyuruh dia ‘berhijrah’ dengan menukar jenis peralatan yang digunakan.
.
Saja aku nak share pengalaman aku sendiri. Mak aku sebenarnya dah banyak kali ‘dakwah’ kat aku untuk tukar aircond inverter rumah aku. Murah katanya. Sebab dia sendiri dah rasa beza bill api bila dia tukar aircond bilik dia.
Tapi yelah, nak tukar ni part nak install tu yg malas aku nak keluar duit. Buat 15 minit bacaan pun, orang kata macam tak beza mana kalau pakai kurang 8 jam. Akhirnya aku hadap aje aircond non inverter aku tu.
Tapi bila aku pindah rumah haritu, alang2 pindah, aku setting pun guna lah kesempatan untuk tukar peti dan aircond inverter terus siap-siap. Nak juga cuba try test beza inverter dengan non inverter ni.
Bill sebelah kiri (Prima U1) tu adalah bill sebelum aku pindah rumah Julai haritu. 1 aircond 1.5hp non inverter, 1 peti sejuk 500+L non inverter. Bil sikit lagi nak cecah RM300 🤣. Mungkin musim panas kot masa tu.
Bill sebelah kanan (Nada Alam) tu bill bila aku dah pindah. 1 aircond 1.5hp inverter, 1 aircond 1hp inverter dengan 1 peti sejuk 500+L inverter.
Bulan Julai tu aku terperanjat dah pasal bill tak sampai RM50 pakai jimat2 mcm kat rumah lama. Disebabkan aku nak test jugak penjimatan inverter ni tahap mana, bulan lepas aku kata ke wife belasah je pakai banyak. Aircond ruang tamu pun kalau panas sikit je pun pasang je.
Dia punya beza tu, betul betul berbaloi bang. Padahal sebelum ni 1 aircond, sekarang pakai 2.
Ini baru inverter 4 star ni, belum inverter 5 star lagi (5 star mahal sangat beza harga 🤣).
Jadi korang yang belum tukar barang letrik ke inverter tu, mari lah berhijrah. Sesungguhnya penghijrahan itu amat berbaloi.
#BaniInverter
Baca:
Guru tergamak jual aset sekolah lebih RM70,000 gara-gara ketagih judi online
Penduduk nampak sesuatu yang aneh di langit sebelum gempa Maghribi, saintis buntu tiada jawapan
‘Instafamous’ antara pemain filem lucah, pelakon dibayar hingga hampir RM5,000 setiap filem