Realtime website trackingweb stats

‘Instafamous’ antara pemain filem lucah, pelakon dibayar hingga hampir RM5,000 setiap filem

Oleh AHMAD ISMAIL

‘Instafamous’ antara pemain filem lucah, pelakon dibayar hingga hampir RM5,000 setiap filem.

‘Instafamous’ atau pesohor Instagram antara pelakon filem lucah dalam pasukan sebuah produksi filem porno di Jakarta Selatan, Indonesia.

Pelakon filem panas itu pula dilapor menerima bayaran antara 10 juta rupiah (RM3,046) hingga 15 juta rupiah (RM4,569) untuk setiap filem.

Hal itu didedahkan Ketua Polis Metro Jaya, Ade Safri Simanjuntak dalam Selamat Pagi Indonesia, Metro TV, 12 September 2023.

Beliau berkata, pihaknya telah menyerbu tiga rumah produksi filem lucah di Jakarta Selatan yang beroperasi sejak April 2022 dan mengaut keuntungan ratusan juta rupiah.

Menurutnya, selain pesohor Instagram, filem lucah berdurasi antara satu jam hingga sejam 30 minit yang dihasilkan produksi itu turut melibatkan model dan selebriti.

Lima individu berjaya ditahan termasuk pengarah, penerbit dan pemilik laman web tempat video itu diedarkan.

Polis berkata, pemilik rumah tersebut turut diberkas manakala 11 pelakon wanita dan lima pelakon lelaki masih diburu.

Menurutnya, 120 judul filem lucah kumpulan tersebut telah dimuat naik ke beberapa laman web dengan bayaran sehingga mencecah lebih RM150 untuk langganan setahun.

Bayaran dikenakan sekitar 50,000 rupiah (RM15.23) untuk langganan satu hari, 150,000 rupiah (RM45.69) untuk seminggu, 250,000 rupiah (RM76.16) untuk sebulan dan setahun sebanyak 500,000 rupiah (RM152.31).

Baca:

Sedar tak tempoh menunggu di hospital dah makin singkat? Jauh sangat beza dengan sebelum ini

Wanita ini kongsi realiti sebenar kerja di Korea, terus tak jadi nak pergi

Rosyam Nor teruk kena kecam gara-gara sebut sesuatu pasal perangai wanita bekerjaya