Realtime website trackingweb stats

Penduduk nampak sesuatu yang aneh di langit sebelum gempa Maghribi, saintis buntu tiada jawapan

Oleh NURAIMAN

Penduduk nampak sesuatu yang aneh di langit sebelum gempa Maghribi, saintis buntu tiada jawapan.

Banyak cerita aneh sering kita dengar apabila berlakunya gempa bumi di sesuatu tempat khususnya kejadian sebelum gempa.

Ada yang melihat hidupan laut khusunya ikan yang banyak melompat naik ke darat, bunyi aneh dalam bumi mahupun penampakan cahaya pelik di langit.

Dalam kejadian gempa di Maghribi, sebahgian penduduk sempat melihat satu fenomena aneh di langit sebelum negara itu digegarkan gempa kuat 6.8 skala Richter pada Jumaat lalu.

Penduduk nampak sesuatu yang aneh di langit sebelum gempa Maghribi, saintis buntu tiada jawapan

Rakaman fenomena tang tular itu memperlihatkan penampakan alur cahaya aneh menerangi langit di bandar Marrakesh negara itu sekaligus mencetuskan pelbagai teori.

Seorang ahli fizik di North Carolina State University, Profesor Karen Daniels cuba merungkai fenomena aneh cahaya misteri itu.

“Orang ramai sering tertanya-tanya tentang keadaan itu. Ia boleh disebut sebagai cahaya gempa bumi dan berlaku di tapak tekanan seismik,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, beliau berkata, walaupun cahaya itu jelas kelihatan, namun ia sukar dikaji kerana mustahil untuk meramalkan kejadian gempa.

Untuk rekod, laporan kajian tentang cahaya udara membabitkan gempa pernah dikeluarkan oleh para penyelidik pada 2014.

Kajian itu melibatkan 65 kejadian gempa di Eropah dan Amerika ketika abad ke-18, ke-19 dan ke-20.

Menurut ahli seismologi di Boston College, Profesor John Ebel berkata memang wujud cahaya yang berlaku selama beberapa minit dan seperti kilat serta muncul dalam warna berbeza.

Salah satu hipotesis popular tentang fenomena itu ialah geseran antara plat tektonik telah menjana elektrik, namun pakar mempersoalkan kebenaran idea tersebut.

Sehingga kini belum ada pihak yang boleh memberi jawapan tuntas terhadap fenomena itu.

Baca:

Sedar tak tempoh menunggu di hospital dah makin singkat? Jauh sangat beza dengan sebelum ini

Wanita ini kongsi realiti sebenar kerja di Korea, terus tak jadi nak pergi

Rosyam Nor teruk kena kecam gara-gara sebut sesuatu pasal perangai wanita bekerjaya