Realtime website trackingweb stats

Jangan tak tahu IQ Malaysia atas UK, tokoh wartawan ini anggap orang kita saja tak nak guna otak

Oleh FATIN AQILAH

Jangan tak tahu IQ Malaysia atas UK, tokoh wartawan ini anggap orang kita saja tak nak guna otak.

Malaysia menduduki tempat ke-31 dengan tingkat kecerdasan paling baik di dunia, demikian menurut World Population Review berdasarkan kajian bertajuk The Intelligence of Nations 2022.

Kedudukan Malaysia yang di atas United Kingdom itu merupakan hasil kajian dua ahli psikologi iaitu Richard Lynn dan David Becker.

Penilaian tahap kecerdasan intelektual (IQ) penduduk itu melibatkan 103 buah negara.

IQ merupakan suatu indikator untuk mengukur kecerdasan seseorang yang menggambarkan kemampuan seseorang dalam berfikir, mengingat, memahami, menilai, mengolah, menguasai persekitaran, dan bertindak secara terburu-buru.

Lazimnya, IQ mempunyai kaitan dengan intelektual, logik, kemampuan menganalisis, mampu menyelesaikan masalah matematik dan mempunyai strategi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Ikuti pandangan Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin yang menegaskan bahawa rakyat Malaysia bukannya tidak cerdik tetapi… :

Kalau dari segi kecerdasan minda atau IQ (Intelligence Quotient), Malaysia kita ini kira ok lah.

Nak kata cerdik sangat pun tidak, tapi taklah lembab sampai tak boleh diajar.

Malahan, ikut International IQ Registry, orang Malaysia lebih cerdik daripada orang United Kingdom dan bawah sikit daripada orang Sweden.

Hasil daripada 1,565,983 individu yang ambil ujian IQ tahun lalu dari seluruh dunia, Malaysia dapat tempat ke-31 dengan skor 99.07. Di atas kita Sweden di bawah UK.

Antara penemuan ujian IQ antarabangsa itu adalah tahap purata IQ lebih tinggi di Asia Timur diikuti oleh Eropah, Asia Barat, Oceania (yang termasuk Malaysia), Amerika Utara dan Afrika Utara. Di bawah paras purata adalah Amerika Tengah dan Selatan, Afrika Tengah dan Selatan.

Negara IQ paling tinggi adalah Jepun dengan skor 108.15 diikuti oleh Korea Selatan (107.00), China (106.59), Iran (106.52) dan Singapura (104.75).

Selain kalah kepada lima negara Asia di atas, kita juga kalah kepada Vietnam, Sri Lanka, Nepal dan India.

Saya selalu kata dan percaya yang kita ini bukanlah tak cerdik langsung. Cuma kita santai sangat dan kurang hargai apa yang ada dalam kepala kita.

Saya cukup-cukup yakin yang kanak-kanak Malaysia hari ini lebih cerdik daripada zaman saya pada tahun 1940-an dulu dan 50-an dulu.

Masa saya lahir, segala-galanya kurang atau langsung tak ada. Cuma saya rasa saya makan makanan berkhasiat, segar dan bebas racun yang kebanyakannya dihasilkan sendiri.

Akibat segala kekurangan itu, umur tak panjang dan kecerdasan minda pun rendah. Jangka hayat orang yang lahir tahun 1950 misalnya, adalah dalam 55 tahun saja.

Alhamdulillah, saya hidup lagi walaupun sudah 76 tahun. Kira tahan jugalah sebab jangka hayat orang yang lahir tahun ini pun lebih kurang 77 tahun.

Pasal saya hidup lama, bolehlah sikit sebanyak saya cerita kisah-kisah zaman dulu yang mungkin berguna kepada orang yang lebih muda dan cerdas minda.

Maaf cakaplah kalau saya kata, dari segi otak kita ok tapi yang nampak bermasalah adalah cara kita guna otak atau lebih tepat, tak guna otak.

Malahan kita selalu dengar orang kita kata: “Ah, aku malas nak fikirlah.”

Otak kita ini, kita wajib guna. Kalau tak guna, 100 billion neurons dalam otak kita itu akan beku dan lama-lama mati.

Baca:

Wanita kongsi keadaan sebenar himpunan RXZ Terengganu, sebak tengok adegan lari dari pukat polis

Doktor dedah bahaya guna air coway buat susu bayi, siap bagi simptom penyakit dan kaedah rawatan

Jangan ambil jika jumpa syiling bertaburan depan pintu rumah, lelaki dedah taktik sihir zaman moden