Realtime website trackingweb stats

Rimas banyak tahi cicak di rumah? Rupanya guna lampu kuning lebih baik daripada lampu putih

Oleh ADINDA

Rimas banyak tahi cicak di rumah? Rupanya guna lampu kuning lebih baik daripada lampu putih.

Ramai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnya.

Lampu merupakan peralatan elektrik wajib yang perlu ada di rumah, tidak kira bagaimana bentuknya, asalkan mampu menerangi waktu malam, ia tidak akan menjadi masalah.

Perasan tak, setiap rumah mempunyai pencahayaan lampu yang berbeza? Kalau kita lihat ada yang guna lampu terang, lampu yang berwarna kekuning-kuningan, berwarna warni dan sebagainya pada rumah mereka.

Tahu tak sebenarnya, pencahayaan lampu ini memainkan peranan penting pada rumah dan juga diri sendiri?

Sesetengah orang mungkin memilih lampu berwarna putih kerana ia memberi pencahayaan yang maksimum namun lampu kuning adalah pilihan yang baik untuk rumah anda.

Cicak lagi suka akan lampu putih berbanding lampu kuning

Rimas banyak tahi cicak di rumah? Rupanya guna lampu kuning lebih baik daripada lampu putih.Ramai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnya.Lampu merupakan peralatan elektrik wajib yang perlu ada di rumah, tidak kira bagaimana bentuknya, asalkan mampu menerangi waktu malam, ia tidak akan menjadi masalah.
Perbezaaan menggunakan lampu kuning(kiri) dan lampu putih(kanan).

Baru-baru ini, hangat dibincangkan di Tukang Apa Hari Ini (TAHI) berkenaan penggunaan lampu kuning dan lampu putih di rumah.

Berdasarkan perkongsian oleh Muhd Hisyam, beliau mendakwa rumahnya yang menggunakan lampu putih lebih ‘digemari’ cicak berbanding rumah jirannya yang berlampu kuning.

“Lampu kuning rumah jiran, lampu putih rumah saya. Bila perhati cicak suka dengan lampu putih, penuh taik cicak bawah tu. Rumah jiran takda pula cicak. Sebab dia tak suka lampu kuning atau binatang terbang makanan dia tu tak suka,” tulisnya.

Baca:

Kapal selam serangan nuklear pertama dilancar Korea Utara, canggih dan menggerunkan

Pandai rupanya Intan Najuwa memasak untuk suami, berbaloi dengan wang hantaran RM222,000

Mahu belikan anak laptop, sanggup ibu ini jual gelang, ramai sebak harap anaknya rajin belajar