Realtime website trackingweb stats

Netizen dedah restoran muslim jual menu claypot guna bahan tak halal, siap best seller lagi

Oleh ADINDA

Netizen dedah restoran muslim jual menu claypot guna bahan tak halal, siap best seller lagi.

Setiap kali video makanan viral di media sosial, segelintir rakyat Malaysia pasti akan terjah untuk cuba keunikan tempat makan tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah restoran yang telah beroperasi lebih 20 tahun mengetengahkan nasi ayam periuk tanah sebagai menu ‘best seller’.

Dalam video terbabit, dikatakan bahawa pemilik restoran itu beragama Islam dan makanan di sana halal.

Akan tetapi, ada akaun TikTok mendedahkan bahawa ketika dia berkunjung ke restoran itu sebelum viral, selain mencampurkan minyak bijan dalam masakan, ‘rice wine’ turut digunakan.

Pengguna TikTok tersebut mendakwa bahawa restoran itu menyajikan makanan bercampur bahan tidak halal dan isu ini menjadi perbualan ramai.

Rata-rata netizen turut berasa pelik dan meminta penjelasan daripada pemilik restoran berhubung isu terbabit.

Seorang Cina Muslim, Jasmin Cheong juga turut meninggalkan komen di TikTok berkata sebagai seorang Cina Muslim, dia mengesahkan bahan tambahan yang digunakan itu mengandungi alkohol dan tidak halal.

Sos yang digunakan itu adalah daripada jenama Hua Tiao Chew Rice Wine, di mana ia mengandungi 16% alkohol di dalamnya.

Ketika ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak restoran itu dan difahamkan restoran itu ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja penambahbaikan.

Susulan penutupan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan restoran itu yang seolah-olah tutup mulut berhubung isu terbabit dan mendakwa mungkin ditutup disebabkan kantoi menggunakan ‘rice wine’.

Baca:

Wanita ketagih makan tayar getah siap potong kecil buat snek, dah 50 biji tayar habis dimakan

Penyakit ini buatkan muka wanita muda jadi tua sebelum usia, serang sejak zaman kanak-kanak

Abby Abadi ‘back up’ anak didakwa sondol suami orang