Realtime website trackingweb stats

PM China siap beri kata dua, pemimpin ASEAN ‘bisu’ pertahan kedaulatan Laut China Selatan

Oleh ADINDA

PM China siap beri kata dua, pemimpin ASEAN ‘bisu’ pertahan kedaulatan Laut China Selatan.

Isu Laut China Selatan merupakan satu daripada isu yang ditunggu-tunggu semua blok negara Asia Tenggara untuk dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-43.

Persidangan itu menyaksikan Indonesia menjadi tuan rumah dan berlangsung dari 5 hingga 7 September ini.

Jakarta Post sebelum ini melaporkan, kerakusan China dalam menuntut wilayah pertikaian di Laut China Selatan sehingga mengeluarkan peta rasmi standard baharu yang mencetuskan kontroversi menjadi perhatian banyak pihak, terutamanya blok ASEAN.

Hal ini kerana, sejumlah negara ASEAN turut menuntut wilayah perairan di Laut China Selatan.

Selain ASEAN, negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS) juga menunggu untuk perbincangan isu berkenaan.

Namun, berdasarkan intipati persidangan yang sudah berlangsung selama tiga hari, tuan rumah, Indonesia dilihat hanya ‘diam dan memerhati’.

Hal itu mungkin disebabkan Jakarta enggan mencetuskan kontroversi baharu dengan Beijing ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi negara itu.

Situasi serupa juga dapat dilihat apabila negara ASEAN lain turut ‘diam seribu bahasa’ berkaitan isu Laut China Selatan.

Sebaliknya, dapat dilihat Perdana Menteri China, Li Qiang pula memberi amaran kepada ASEAN mengenai risiko berlakunya Perang Dingin Baharu jika tidak sehaluan dalam membuat keputusan.

Qiang sebenarnya merujuk kepada Washington yang disifatkan Beijing sebagai usaha menjatuhkan China.

Beijing menyatakan kebimbangan mengenai pembentukan blok disokong AS di rantau ini, ketika China menghadapi pertikaian dengan kuasa dengan negara serantau lain mengenai Laut China Selatan dan beberapa isu lain.

“Percanggahan pendapat dan pertikaian mungkin timbul antara negara disebabkan persepsi yang salah, kepentingan yang berbeza atau campur tangan luar.

“Bagi memastikan percanggahan pendapat terkawal, apa yang penting sekarang ialah menentang amalan berpuak, konfrontasi blok dan Perang Dingin yang baharu,” kata Qiang pada mesyuarat ASEAN+3 (APT) dengan Jepun dan Korea Selatan.

Baca:

Dilarang hadiri kelab bogel, 10 syarat gadis ini kepada kekasihnya mengundang perdebatan

Dah memang cantik, berpanas dan berpeluh pun Jasmine Suraya tetap lawa macam Lisa Blackpink

‘Abang Agong’ dan ‘Datin Permaisuri’ dah lima hari jelajah Sabah, selepas ini ke Sarawak pula