Realtime website trackingweb stats

Bertumbuk semasa hari jadi jam 1 pagi, tak pasal-pasal orang lain cedera dikejarkan ke hospital

Oleh ADINDA

Bertumbuk semasa hari jadi jam 1 pagi, tak pasal-pasal orang lain cedera dikejarkan ke hospital.

Pergaduhan dua kumpulan di sebuah restoran di Bandar Baru Klang, di sini, pada Selasa, dipercayai berpunca daripada salah seorang daripada mereka membuat bising ketika sambutan hari jadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi itu, beberapa pelanggan di restoran tersebut turut cedera dan telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku selepas enam individu yang sedang menyambut hari jadi salah seorang daripada rakan mereka telah membuat bising di restoran tersebut.

“Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga menimbulkan suasana tegang sehingga mencabar antara satu sama lain sebelum suspek memanggil kira-kira 20 orang rakannya,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Vijaya Rao berkata, pergaduhan kemudiannya berlaku, mereka turut menyerang pelanggan lain yang sedang makan dalam restoran tersebut.

“Beberapa suspek yang terlibat dalam pergaduhan ini telah dikenal pasti polis dengan ada antaranya pernah ditangkap sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan bukti dan semakan kamera litar tertutup sedang dijalankan bagi mengesan suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Baca:

Zul Ariffin dikecam peminat lawat tempat dilarang dan dikutuk Allah, macam dah tak ada tempat lain

Acara kahwin gilang gemilang dikecam, siap ada tarian dalam masjid

Muka wanita jadi hitam lepas pakai krim pemutih, ini tiga cara kesan produk pencerah ada merkuri