Realtime website trackingweb stats

Boleh bawa dah makanan sendiri masuk dalam pesawat MAS, tapi wajib patuhi syarat ini

Oleh ADINDA

Boleh bawa dah makanan sendiri masuk dalam pesawat MAS, tapi wajib patuhi syarat ini.

Menjadi kebiasaan buat penumpang pesawat untuk membeli makanan yang disediakan oleh syarikat penerbangan masing-masing.

Terbaharu, MAS mengumumkan penumpang mereka diberikan pilihan membawa bekalan makanan sendiri dalam pesawat kerana isu katering yang sedang dihadapi sekarang.

Isu katering menyebabkan beberapa penerbangan MAS terpaksa dibatalkan minggu ini selepas mereka menamatkan kontrak dengan pembekal mereka Brahim’s Food Services (BFS).

Selepas 26 tahun menggunakan perkhidmatan BFS, MAS kini menggunakan perkhidmatan daripada lapan syarikat katering berbeza dalam memenuhi keperluan makanan penumpang untuk sejumlah perjalanan pada saban hari.

Meskipun penumpang dibenarkan membawa bekalan sendiri, mereka masih perlu memenuhi garis panduan keselamatan had cecair, aerosol dan gel yang ditetapkan sebelum ini. Ini termasuklah cecair, aerosol dan gel yang tidak melebihi 100 mililiter bagi penumpang antarabangsa yang berlepas daripada, atau transit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

Selain itu, makanan yang boleh dipanaskan sendiri juga tidak dibenarkan sama sekali. Bagi mereka yang memesan makanan khas, pilihan itu tidak tersedia buat masa ini.

Susulan itu, pihak MAS membenarkan penumpang untuk membawa makanan sendiri. Saranan ini hanya kepada laluan yang terjejas.

Dalam tempoh peralihan ini, penumpang masih dibekalkan dengan hidangan atau makanan dan minuman ringan dalam penerbangan.

Pelanggan yang terjejas dengan perubahan makanan yang ditawarkan termasuk bagi laluan domestik dan antarabangsa terpilih yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines.

Baca:

Lelaki ini sanggup hidup dengan ‘menyamar’ jadi burung selama setahun, siap pakai kepala gergasi

Gadis cantik ini bela ulat gonggok gergasi, mesranya lain macam, siap beli RM150 seekor

Sekolah kenakan cas murid tidur dalam kelas, masing-masing kena tahan ngantuk