Realtime website trackingweb stats

Rebah beri salam, indah ‘pemergian’ imam solat Jumaat sejak lebih 25 tahun ini

Oleh ADINDA

Imam tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor di sini, Mohd. Zamai @ Suhaimi Ibrahim,73, meninggal dunia selepas membaca khutbah dan mengimamkan solat Jumaat lalu.

Setiausaha Masjid Mahmudi, Fauzi Yaacob berkata, arwah rebah semasa memberi salam selepas menunaikan solat sunat sebelum menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 2.30 petang.

Menurut beliau, semasa kejadian arwah tercungap-cungap di atas ribanya selama 15 minit dan beliau serta jemaah lain sempat mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah.

Imam tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor di sini, Mohd. Zamai @ Suhaimi Ibrahim,73, meninggal dunia selepas membaca khutbah dan mengimamkan solat Jumaat lalu.Setiausaha Masjid Mahmudi, Fauzi Yaacob berkata, arwah rebah semasa memberi salam selepas menunaikan solat sunat sebelum menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 2.30 petang.

“Anak lelaki imam itu juga datang ke masjid selepas dihubungi jemaah lain. Ketika itu, arwah tercungap-cungap sebelum menghembuskan nafas di dalam masjid ini,” katanya ketika ditemui di Masjid Mahmudi.

Fauzi memberitahu, arwah dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, namun pengesahan mengenai punca kematiannya masih belum diketahui.

Kata beliau, sebelum kejadian, arwah yang berkhidmat di Masjid Mahmudi itu sejak lebih 25 tahun lalu membaca khutbah dan mengimamkan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah.

“Saya sempat bercakap dengan arwah buat kali terakhir semalam. Dia ada memaklumkan akan ke hospital hari ini untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi menyambung khidmat sebagai imam tua,” katanya.

Tambah Fauzi, jenazah Mohd. Zamai akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahligai.

Baca:

Hilang setengah abad pun dah jumpa, dunia makin panas ‘pulangkan’ rangka pendaki

Sudahlah hina agama, artis K-Pop ini berkeras enggan minta maaf

Tak tahan bunyi bising anak jiran sebelah, lelaki PhD letak racun dalam saluran paip