Sekolah pondok ekstrem hukum pelajar musnahkan telefon guna tukul.
Seorang pelajar di Indonesia dipaksa memusnahkan telefon bimbitnya dengan menggunakan tukul selepas dia ditangkap membawa peranti itu ke sekolah, lapor laman berita Okezone.
Video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Twitter (kini X) @sosmedkeras.
Beberapa pelajar sebuah sekolah pondok diarah berkumpul di hadapan guru selepas sebilangan mereka ditangkap membawa telefon ke sekolah.
Salah seorang pelajar perempuan kemudian diarah supaya memusnahkan telefon bimbitnya menggunakan tukul di hadapan pelajar lain.
Dia memukul telefon itu berkali-kali sehingga ia berkecai di atas tanah.
Kalau menurut kalian gimana gaes? pic.twitter.com/V1R440KZwD
— sosmed keras (@sosmedkeras) August 27, 2023
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Ini tidak sepatutnya berlaku. Telefon itu perlu dikembalikan kepada ibu bapanya bukannya dimusnahkan sebegitu,” kata seorang netizen.
“Telefon dibeli menggunakan wang, jika hukumannya begini, sama sahaja seperti mengajar mereka untuk tidak menghargai wang,” komen netizen lain.
Baca:
Hana keguguran terjejas emosi ‘dihukum’ kifarah rogol, Da’i Syed ambil tindakan mahkamah
Nak lancar satelit tinjau matahari pula, rupanya ini rahsia India kuasai program angkasa lepas bajet ‘rahmah’
Satu-satunya negara halalkan bukan Islam pukul pelajar Islam