Realtime website trackingweb stats

Ada ijazah di Korea Selatan pun hidup payah, ratusan ribu ambil masa lebih 3 tahun dapat kerja

Oleh ADINDA

Ada ijazah di Korea Selatan pun hidup payah, ratusan ribu ambil masa lebih 3 tahun dapat kerja.

Lebih 1.26 juta belia Korea Selatan masih menganggur dengan separuh daripada mereka memiliki ijazah atau kelulusan lebih tinggi, demikian menurut data kerajaan seperti laporan akhbar The Korea Herald.

Menurut laporan bertajuk Tinjauan Populasi Aktif Ekonomi untuk Penduduk Muda bagi Mei 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Korea, terdapat 8.41 juta penduduk negara itu berumur 15 hingga 29 tahun setakat Mei tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, se­ramai 1.26 juta graduan atau bekas pelajar kekal menganggur.

Secara terperinci, daripada jum­lah itu, 53.8 peratus atau kira-kira 678,000 individu mempunyai ijazah universiti atau lebih tinggi.

Mereka yang mempunyai tahap pendidikan setakat sekolah menengah atau rendah pula adalah sebanyak 46.2 peratus.

Daripada keseluruhan populasi yang menganggur, 40.9 peratus sedang bersiap sedia untuk latihan vokasional atau ujian pekerjaan, peperiksaan kerajaan negeri, peperiksaan perkhidmatan awam serta ujian pengambilan pekerja oleh syarikat.

Dalam pada itu, 25.4 peratus lagi tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti mencari pekerjaan.

Data sama turut mendapati secara purata, masa selama 10.4 bulan diperlukan untuk individu tersebut mendapat pekerjaan pertama mereka.

Kira-kira 324,000 orang, atau 8.4 peratus pula dilaporkan mengambil masa lebih daripada tiga tahun untuk mendapatkan pekerjaan.

Baca:

Hana keguguran terjejas emosi ‘dihukum’ kifarah rogol, Da’i Syed ambil tindakan mahkamah

Nak lancar satelit tinjau matahari pula, rupanya ini rahsia India kuasai program angkasa lepas bajet ‘rahmah’

Pastikan MyKad sentiasa di bawa, jangan jadi seperti lelaki ini didenda RM8,000 oleh mahkamah