Jangan ingat mat saleh cerdik sangat, ratusan buru raksasa mitos guna hidrofon tapi hasilnya…
Pencarian terbesar raksasa Loch Ness selama beberapa dekad berakhir dengan beberapa laporan tentang kemungkinan kelibatnya nampak – tetapi masih tiada bukti bahawa raksasa dalam cerita rakyat Scotland itu benar-benar wujud, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ketua projek Alan McKenna berkata beliau telah menerima beberapa video dan panduan daripada orang ramai yang menonton kamera penstriman langsung yang dihalakan ke arah tasik di Tanah Tinggi Scotland itu.
Banyak masa diperlukan untuk meneliti data, menyusun fakta, katanya.
Dron yang dilengkapi kamera pengimejan haba masih berlegar di atas Loch Ness, tasik sedalam 230 meter pada waktu petang.
Menurut penganjur – Pusat Loch Ness untuk pelawat dan peminat daripada kumpulan sukarelawan Loch Ness Exploration – pemburuan dua hari itu merupakan pencarian paling sistematik bagi raksasa yang sukar difahami atau dibayangkan itu yang diberi nama jolokan Nessi, sejak 1972.
Berpuluh-puluh sukarelawan dari seluruh dunia berada di 17 pos pemerhatian di sekitar tasik dengan ratusan lagi peminat makhluk itu menonton Loch Ness melalui kamera web.
McKenna dan pasukannya keluar ke tasik beberapa kali dan menurunkan mikrofon bawah air yang dipanggil hidrofon.
Video:
Semasa ujian pada Jumaat, “bunyi aneh” kedengaran, katanya. Pemeriksaan di tempat yang sama pada Ahad, bagaimanapun, tidak menemukan sebarang bukti. Oleh itu, tidak jelas sama ada bunyi itu disebabkan oleh gas atau haiwan.