Realtime website trackingweb stats

Patutlah padu nasihat Khairul Aming, ini 10 fakta latar belakangnya, bukan calang-calang rupanya

Oleh ADINDA

Patutlah padu nasihat Khairul Aming, ini 10 fakta latar belakangnya, bukan calang-calang rupanya.

Siapa Khairul Aming? Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, yang berumur 31 tahun ini merupakan seorang pembikin konten dan saat ini adalah salah seorang calon dalam TikTok Awards Malaysia (Anugerah TikTok Malaysia) 2023, sebuah acara tahunan terbesar TikTok tahun ini, yang merupakan kali pertama diadakan di Malaysia dengan kerjasama daripada TV3.

Siapakah Khairul Aming? Jom Ikuti 10 Fakta Biodatanya…

1. Dalam keluarganya, si anak jati Kelantan ini adalah yang ketiga daripada empat orang adik-beradik.

2. Tarikh kelahirannya adalah pada 25 September 1992.

3. Dalam hal pendidikan, dia telah mengukir kejayaan dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Vanderbilt University, Tennessee, Amerika Syarikat.

Patutlah padu nasihat Khairul Aming, ini 10 fakta latar belakangnya, bukan calang-calang rupanya. Siapa Khairul Aming? Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, yang berumur 31 tahun ini merupakan seorang pembikin konten dan saat ini adalah salah seorang calon dalam TikTok Awards Malaysia (Anugerah TikTok Malaysia) 2023, sebuah acara tahunan terbesar TikTok tahun ini, yang merupakan kali pertama diadakan di Malaysia dengan kerjasama daripada TV3.

4. Popularitinya seakan selebriti, bukan hanya terkenal di Instagram (IG) dengan jumlah pengikut sebanyak 3.7 juta, bahkan memiliki 3.6 juta pengikut di aplikasi TikTok.

5. Sebagai seorang pempengaruh yang gemar berkongsi video resepi masakan di media sosial, hingga mencapai jutaan tontonan, dia telah menarik perhatian ramai dengan pelbagai resepi air tangannya yang popular, antaranya ialah Ayam Tiram Thai, Ayam Buttermilk, Tomyam Seafood, Daging Dendeng, Nasi Tomato & Acar, Nasi Ayam, Sup Tulang, Ayam Kam Heong dan banyak lagi.

6. Dalam arena memasak, Khairul amat mengagumi dan meletakkan chef selebriti terkenal, Jamie Oliver sebagai idola serta sumber inspirasi utamanya dalam bidang ini.

Patutlah padu nasihat Khairul Aming, ini 10 fakta latar belakangnya, bukan calang-calang rupanya. Siapa Khairul Aming? Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, yang berumur 31 tahun ini merupakan seorang pembikin konten dan saat ini adalah salah seorang calon dalam TikTok Awards Malaysia (Anugerah TikTok Malaysia) 2023, sebuah acara tahunan terbesar TikTok tahun ini, yang merupakan kali pertama diadakan di Malaysia dengan kerjasama daripada TV3.

7. Difahamkan, minatnya dalam dunia masakan muncul ketika masih bersekolah rendah apabila dia meminati pelbagai rancangan masakan yang ditayangkan di televisyen.

Ketika berada di darjah lima, walaupun awalnya tidak mempunyai pengetahuan tentang seni memasak apatah lagi impian untuk menjadi seorang chef terkenal, dia rajin menjenguk ibunya di dapur, yang secara tidak langsung memberikannya pengalaman berharga dalam bidang ini.

8. Produk sambal yang dikeluarkan oleh syarikat perniagaannya, Sambal Nyet Berapi, telah menjadi kegemaran pengguna sejak dia memulakan bisnes ini pada awal tahun 2021. Diberitakan bahawa kini dia telah memiliki dua buah kilang untuk menjana bekalan yang mencukupi bagi menampung permintaan yang terus meningkat.

9. Mengenai statusnya, Khairul mendedahkan dia masih menjalani kehidupan bujang dan belum merancang untuk mengakhiri zaman solo kerana kesibukan dalam kerjaya sebagai pencipta konten dan perniagaan. Namun, dia berjanji untuk tidak menyembunyikan jika suatu hari nanti memutuskan untuk berkahwin.

Selain itu, dia juga berkongsi bahawa dia tidak pernah menetapkan syarat calon isteri yang perlu pandai memasak, kerana bersedia untuk memainkan tanggungjawab di dapur dengan kecekapan dalam bidang masakan yang dimilikinya.

10. Pada acara TikTok Awards Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada Ahad ini, Khairul telah dinominasikan dalam kategori Creator Of The Year bersama-sama dengan pempengaruh Ceddy Ang, Sally Whoo, Boss James, Auntie Purple dan Lawyer Gandhi.

Patutlah padu nasihat Khairul Aming, ini 10 fakta latar belakangnya, bukan calang-calang rupanya. Siapa Khairul Aming? Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, yang berumur 31 tahun ini merupakan seorang pembikin konten dan saat ini adalah salah seorang calon dalam TikTok Awards Malaysia (Anugerah TikTok Malaysia) 2023, sebuah acara tahunan terbesar TikTok tahun ini, yang merupakan kali pertama diadakan di Malaysia dengan kerjasama daripada TV3.

Lagi personaliti TikTok yang disenaraikan dalam kategori-kategori pencalonan lain termasuklah Sofyank, Ryan Bakery, Jovynn, Gaston Pong, Gigi Cheoh, Alex Hkf, Dr Ben Gee, Ikhmal Nour, Azrul Affandi Sobry, Zarul Hafiz, Chef Dave, Yuki Dance, Hafiz Alongg, Tiger Labu, Ervan Rizuan, DJ Garyislit, Anas Zahrin dan ramai lagi.

Baca:

Selepas Thailand halalkan ganja, pelancong makin bertambah, syarikat Israel pun datang buka ladang

Himpunan meriah konon sambut Sanusi di Johor tipu, polis cari siapa edit video program KL Munajat.

Berkelah dengan meja tergantung 90 meter tinggi, bayaran 15 minit pun dah ‘gayat’ dengar