Realtime website trackingweb stats

Selepas Thailand halalkan ganja, pelancong makin bertambah, syarikat Israel pun datang buka ladang

Oleh ADINDA

Selepas Thailand halalkan ganja, pelancong makin bertambah, syarikat Israel pun datang buka ladang.

Sejak ganja dibenarkan penggunaannya di Thailand pada 2022, industri ganja di negara itu semakin mendapat permintaan dan secara langsung menyebabkan bilangan pelancong meningkat.

Dispensari menjual ganja juga berlipat ganda jumlahnya sejak kerajaan melonggarkan undang-undang berkaitan ganja pada 2022.

Malah, ramai yang turut mengambil kesempatan daripada kelonggaran peraturan berkenaan untuk menjual ganja yang diimport secara haram dari Kanada atau Amerika Syarikat (AS) kepada pelancong.

Baru-baru ini, sebuah kedai dilihat mengiklankan tawaran produk seperti kek aiskrim dan biskut lemon yang mempunyai bahan ganja dalam makanan berkenaan, yang disifatkan terbaik dari California.

Selepas Thailand halalkan ganja, pelancong makin bertambah, syarikat Israel pun datang buka ladang. Sejak ganja dibenarkan penggunaannya di Thailand pada 2022, industri ganja di negara itu semakin mendapat permintaan dan secara langsung menyebabkan bilangan pelancong meningkat.

Justeru, pengusaha ganja tempatan menggesa kerajaan memberi sokongan untuk membangunkan potensi sektor itu dalam negara bagi memenuhi permintaan semasa yang terus meningkat.

Sehubungan itu, pakar industri ganja berkata kedai seumpamanya mungkin terpaksa ditutup kerana isu persaingan, lebihan bekalan dan peraturan baharu terhadap industri penanaman serta penjualan beberapa jenis ganja.

Mereka yang terus kekal dalam industri ganja hanya akan menjual ganja berkualiti tinggi yang ditanam di dalam negara kerana pelabur kini tertumpu ke Thailand untuk membuka ladang ganja berteknologi tinggi dengan kos jutaan dolar.

Walaupun tiada siapa yang tahu jenis peraturan yang akan dilaksanakan oleh kepimpinan baharu Thailand, pakar industri ganja berpendapat peraturan itu berkemungkinan besar akan memberi lebih kejelasan kepada pelabur dan memanfaatkan usahawan tempatan dengan rantaian perniagaan domestik terbaik di Thailand.

Ketua Eksekutif bersama syarikat penanaman ganja, Medicana, Sirasit Praneenij berkata, ‘wang pintar’ akan mula masuk dan ramai penanam ganja di Thailand termasuk dirinya berbesar hati untuk mematuhi peraturan baharu yang akan dilaksanakan.

“Kebanyakan penanam ganja Thailand termasuk kami, gembira untuk mematuhi peraturan kerajaan yang membina perniagaan ini,” katanya.

Ladang milik Sirasit yang bernilai AS$2 juta (RM9.3 juta) dalam sebulan menghasilkan 25 hingga 27 kilogram (kg) bunga kanabis kering, iaitu bahagian pokok ganja yang mengkhayalkan, yang dijual menerusi dispensari anak syarikatnya, Dr Dope.

Walaupun undang-undang ganja semakin dilonggarkan di seluruh AS dan beberapa negara lain, pembaharuan itu tidak bermakna kerana bahan berkenaan tidak lagi diminati di negara berkenaan.

Sebaliknya industri ganja ‘halal’ Thailand berkembang maju di negara yang masih mengekalkan hukuman penjara yang berat terhadap sesiapa yang memiliki, mengguna atau mengedarkan ganja secara haram itu.

Thailand juga pernah mempunyai undang-undang yang ketat berkaitan ganja, namun selepas penggunaan ganja dibenarkan bermula Jun 2022, industri ganja domestik berkembang pesat terutama di lokasi kunjungan pelancong.

Dalam tempoh kurang setahun, terdapat kira-kira 12,000 dispensari berdaftar yang menjual ganja direkodkan dan jumlah berkenaan dikatakan lebih banyak berbanding kedai ganja di AS.

Perdana Menteri Thailand yang baharu, Srettha Thavisin, memaklumkan kepada pemberita, pihaknya tidak mahu membenarkan ‘penggunaan ganja sepenuhnya’ dan akan menyokong penggunaan ganja hanya untuk tujuan perubatan.

Bagaimanapun, pelabur domestik dan asing terus membanjiri pasaran ganja Thailand, malah ada syarikat yang membangunkan ladang ganja tertutup yang dibiayai pelaburan, antara lain, dari AS, Eropah, Australia, Russia dan Singapura.

Pada skala lebih besar, Advanced Canna Technologies (ACT), sebuah syarikat Israel yang terbabit dalam penanaman ganja di AS dan serata dunia, baru-baru ini membuka ladang seluas 2,000 meter persegi bernilai AS$3 juta (RM14 juta) di Bangkok dengan rakan niaga tempatan dan pembiayaan pelabur Singapura.

Baca:

Berkelah dengan meja tergantung 90 meter tinggi, bayaran 15 minit pun dah ‘gayat’ dengar

Selamba peniaga ni guna Alphard jual nasi berlauk, di rumahnya mungkin ada kereta lagi mewah

Terlajak cakap buruk padahnya, hinalah majikan atau rakan sekerja dalam grup WhatsApp jika mahu dipecat