Tiada kelayakan pun boleh mengajar, rupanya banyak sebab Amerika tidak cukup puluhan ribu guru.
Banyak negeri di Amerika Syarikat (AS) menurunkan syarat pekerjaan berikutan terdapat lebih 36,500 kekosongan jawatan guru di 37 negeri di AS dan Washington DC untuk sesi persekolahan 2021-2022.
Kekurangan telah meningkat 35 peratus kepada lebih 49,000 kekosongan setakat ini, lapor Xinhua memetik The Washington Post pada Khamis lalu yang memetik penyelidikan Kansas State University.
“Masalah kekurangan guru semakin kritikal di beberapa negeri bukan disebabkan pandemik, sebaliknya ia sebahagian daripada trend yang membimbangkan dengan guru berhenti kerana mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi, manakala calon sedia ada tidak mencukupi untuk menggantikan mereka.
“Sekolah semakin bergantung kepada tenaga pengajar yang tidak cukup kelayakan, tiada pendidikan kolej atau guru bertauliah tetapi mengajar bidang di luar kepakaran mereka, manakala ada guru berkelayakan bertukar lebih cepat berbanding yang tidak terlatih,” menurut laporan itu.
Mereka yang tidak mempunyai latihan perguruan tidak mempunyai kemahiran mengurus bilik darjah yang baik seperti keupayaan untuk memgembalikan fokus dalam kelas selepas gangguan.
Kemahiran ini semakin penting, terutama apabila salah laku di sekolah semakin meningkat dan boleh memburukkan lagi masalah, menurut laporan itu.