Realtime website trackingweb stats

‘Sebab boleh dik’ jadi trend oleh pelajar siap tulis dalam kertas jawapan, ini penjelasan Azri Walter

Oleh ADINDA

‘Sebab boleh dik’ jadi trend oleh pelajar siap tulis dalam kertas jawapan, ini penjelasan Azri Walter.

Istilah Keramat Disalahguna, Azri Walter Tampil Beri Maksud Sebenar Sebab Boleh Dik

Sejak beberapa hari lalu, tular luahan guru-guru yang berkongsi pengalaman mereka ketika menanda jawapan kertas-kertas soalan yang dijawab oleh anak murid masing-masing.

Antara jawapan yang sering diberikan adalah frasa-frasa tular dari media sosial seperti ‘Kamu Nanyaak’ dan terkini, ‘Sebab boleh dik’.

Guru-guru ini bimbang, pelajar-pelajar mereka yang terpengaruh dengan trend di media sosial mungkin terbawa-bawa perkara tersebut sehingga ke bilik darjah.

Untuk konteks, frasa keramat ‘Sebab boleh dik’ ini dipopularkan oleh seorang pempengaruh media sosial, Azri Walter. Frasa popular itu sering digunakan beliau bagi menjawab sesuatu persoalan yang sering diajukan kepadanya.

Populariti frasa ini turut dijadikan sebagai meme dan adakalanya dipinjam oleh sesetengah orang untuk menjawab pertanyaan secara berjenaka.

Walau bagaimanapun, jika digunakan pada tempat yang tidak kena, misalnya ketika mengisi jawapan pada kertas peperiksaan, sudah tentu ia mencetuskan kebimbangan.

Itulah situasi yang menjadi kerisauan banyak pihak ketika ini, khususnya bagi warga pendidik dan ibu bapa para pelajar.

Melihat kepada kekeliruan yang timbul dan salah faham terhadap frasa ‘Sebab Boleh Dik’, Azri Walter tampil menjelaskan serba sedikit maksud dan tujuan frasa itu diperkenal.

Istilah ‘sebab boleh dik’ hanya terpakai dalam situasi kehidupan yang positif
Jelas Azri, tujuan istilah keramat ini dicipta adalah untuk memberi impak positif kepada masyarakat agar dapat mengeluarkan potensi masing-masing.

Katanya lagi, frasa ini bertindak sebagai satu RESET ke atas minda sesetengah orang yang seolah-olah sudah diprogram dan selalu bercakap ‘tidak boleh’. Kesannya, potensi dan kemampuan diri mereka tersekat.

Beliau turut memberikan contoh berdasarkan pengalaman peribadi yang dilaluinya dan bagaimana ‘Sebab boleh dik’ membantu memandu hidup beliau ke arah kegemilangan.

“Nama saya Azri Walter. Walaupun saya seorang marhaen lepasan SPM yang membesar di kawasan setinggan dan flat kos rendah namun saya telah berjaya menterbalikkan kehidupan saya dari zero menjadi hero menggunakan mindset ‘Sebab boleh dik’.

”Ketika umur 12 tahun saya terlalu ingin dipilih mewakili negeri dalam sukan bolah sepak, namun saya tidak terpilih. Selepas itu saya berlatih dan kerja keras. Hasilnya saya berjaya mewakili negara ketika umur 12 tahun. Sebab apa terus wakil negara tak wakil negeri? “Sebab boleh dik”.

“Ketika saya bekerja makan gaji, saya melalui fasa financial stress. Saya nak ubah kehidupan. Saya tiada modal, tiada ilmu dan tiada networking. Maka saya mulakan perniagaan dengan apa yang saya ada iaitu KEDERAT. Saya mula berniaga dengan menjual produk orang lain secara direct selling di jalanan. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.

“Saya seorang lepasan SPM dan tidak cemerlang di dalam bidang akademik namun Alhamdulillah saya berjaya membuka kolej sendiri iaitu Walter College. Sebab apa? “Sebab boleh dik”.

“Saya tidak pandai gunting rambut. Saya bukan barber namun saya berjaya membuka 30 cawangan barbershop tanpa pinjaman bank dan tanpa geran. Sebab apa? “Sebab boleh dik”,” katanya lagi.

Beliau seterusnya turut memberikan beberapa contoh kejayaan peribadinya yang lain.

Melihat kepada pengalaman peribadi, beliau tidak nampak dimana negatifnya frasa “Sebab boleh dik”.

Azri Walter kemudian menegur adik-adik yang masih berada di bangku sekolah dan memperbetul kesalahfahaman mereka dengan frasa tersebut.

“Sebab boleh dik ini hanya terpakai kepada perkara-perkara positif sahaja. Oleh itu, saya nak adik-adik gunakan slogan “Sebab boleh dik” supaya boleh menjari insan berjaya dunia dan akhirat.

“Kalau nak buat sesuatu, usah TAKUT kerana kita boleh capai apa sahaja dalam hidup dengan syarat ianya tidak mengundang murka TUHAN,” katanya.

Baca:

Banduan kirim surat kepada FBI selepas 51 tahun berjaya lolos dari penjara terketat di dunia

Sering terkesan lakonan Ibrahim Pendek, ini rupanya kehidupan sebenar beliau di belakang tabir

Shazwani buktikan bukan lelaki pun boleh jadi pakar pemusnah bom, yang penting berani