Banduan kirim surat kepada FBI selepas 51 tahun berjaya lolos dari penjara terketat di dunia.
Filem bertemakan prison break pastinya antara genre yang digemari ramai orang. Namun tahukah anda, kisah realiti 3 banduan yang berjaya melarikan diri dari Penjara Alcatraz, San Francisco pernah mengejutkan dunia suatu ketika dahulu?
Penjara Alcatraz penjara terketat zaman itu…Menempatkan penjenayah yang bermasalah
Frank Morris, John Anglin and Clarence Anglin merupakan penjenayah rompakan berulang. Di Penjara Alcatraz, mereka mula berkenalan setelah ditempatkan dalam sel bersebelahan sebelum berkomplot untuk lolos dari situ. Untuk pengetahuan, Penjara Alcatraz adalah pusat tahanan terketat di dunia yang dibina atas sebuah pulau sunyi. Meskipun bandar utama hanya terletak 2km dari situ, ia dikelilingi lautan yang amat deras dan bersuhu sejuk.
3 banduan senyap-senyap jayakan misi prison break
Berbalik kepada 3 banduan tadi, mereka sangat terperinci merancang misi melarikan diri selama 6 bulan. Berikut adalah beberapa persediaan yang dilakukan mereka & gagal dihidu penjaga penjara :
- Melubangkan saluran udara dalam sel sedikit demi sedikit (muat-muat saiz badan) menggunakan alatan gerudi yang dibuat sendiri.
- Sebuah koridor yang berada di luar pantauan warden penjara dijadikan sebagai ‘bengkel’.
- Mencuri 50 pasang baju hujan untuk dijadikan rakit dan jakat keselamatan.
- Mencipta satu alat seakan-akan teropong untuk memantau keberadaan warden saat mereka melakukan persiapan di ruang lain.
Persiapan sudah pun lengkap, pada malam 11 Jun 1962 mereka menyelinap keluar di bahagian timur pulau dan mendayung pergi buat selamanya. Eh, takkan polis tak perasan langsung banduan tiada dalam sel? Ya, di sinilah kelicikan mereka dibuktikan. Selain rakit, rupanya mereka cipta 3 replika kepala menggunakan cebisan kertas, pulpa, debu-debu konkrit serta sisa rambut yang dicantum guna cecair lilin. Kemudian ia diletakkan atas bantal dan sekali pandang, nampak seperti ketiga-tiganya sedang tidur berselimut. Ketiadaan tersebut hanya disedari pada keesokan paginya.
Penjaga penjara termakan ‘umpan’ kepala palsu atas katil
Tidak ditemui sampai sekarang…Betulkan berjaya? Atau hanyut di laut?
Mengambil kira suhu air laut yang terlampau sejuk, pihak berkuasa menyimpulkan mereka mungkin ‘tewas’ akibat hipotermia. Namun pada 2013, John Anglin yang dikatakan masih hidup tiba-tiba telah menghantar sepucuk surat kepada FBI. Pemeriksaan tulisan tangan dan DNA bagaimanapun menjumpai jalan buntu. Jika hanyut di laut, di mana tubuh mereka bertiga? Misteri itu masih belum terungkai hingga sekarang lantaran terlalu banyak spekulasi yang mengelirukan polis penyiasat. Jika masih hidup, difahamkan mereka sudah berusia lebih 90 tahun sekarang.
“Hai, saya John Anglin. Pada 1962, saya, abang saya dan Frank Morris larikan dari dari Penjara Alcatraz. Sekarang saya berusia 83 tahun, tahap kesihatan agak buruk. Saya hidapi barah. Kami berjaya loloskan diri malam itu tapi hampir gagal”