Realtime website trackingweb stats

Polis laksana saman ekor besar-besaran, semua daerah terlibat, sekali kena RM300 melayang

Oleh ADINDA

Polis laksana saman ekor besar-besaran, semua daerah terlibat, sekali kena RM300 melayang.

Saman secara pos atau ‘saman ekor‘ akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju berkuatkuasa semalam.

Tindakan itu dilakukan selepas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu laju bagi pengeluaran notis K170A bermula semalam di semua lebuh raya termasuk jalan persekutuan.

Timbalan Pengarah JSPT, Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju ini akan dijalankan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah.

Kata beliau, tindakan yang dilaksanakan ini adalah bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan di dalam negara.

“Kita (trafik) akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan.

“Saman kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan” katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, memandu melebihi kelajuan adalah salah satu punca utama kemalangan jalanraya di negara ini di mana pemandu gagal mengawal kenderaan lalu berlaku hilang kawalan.

“JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain,” ujarnya.

Baca:

Siapa kata maruah wanita di negara maju dihormati, 91% wanita di Amerika mengaku terima mesej jelek

Dah tau besar nak juga lalu, kalau dah kemek trak tentu ada bangunan bersejarah yang rosak

Punyalah berang Che Ta Pot Pet tuntut sampai RM16 juta, ini sebabnya pempengaruh kena saman