Anak orang dapat straight A+, anak sendiri hanya 2A, wanita ini siap sihir pelajar lain sampai jadi dungu.
Apabila anak meraih pencapaian cemerlang di sekolah, ramai ibu cenderung berkongsikan berita gembira itu ke media sosial atas niat mengabdikan memori dan penghargaan. Malangnya di sebalik deretan ucapan tahniah, dikhuatiri ada ‘mata-mata’ yang iri hati dengan kejayaan itu.
Anak dapat semua A+ dalam SPM…Gembira bukan main mak upload ke media sosial
Seorang perawat Islam di TikTok sempat berkongsikan tentang masalah yang dihadapi gadis belasan tahun ini. Meraih keputusan SPM yang amat cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibunya sempat memuat naik slip berkenaan di semua platform media sosial.
Jin dalam badan berkata, “Aku nak bagi dia bodoh & gila. Aku cemburu dengan anak kau”
Sebab tu jangan menunjuk sangat…Tak tahu hati orang macam mana.
Siapa sangka rupanya ada penjaga lain yang dengki melihat kejayaan itu memandangkan anaknya cuma mendapat 2A sahaja.
Dari situ, si polan telah melakukan perbuatan sihir kepada pelajar cemerlang tadi sehingga terjadinya gangguan berupa histeria dan ingatan terjejas teruk. Daripada seorang yang pintar, kini gadis malang itu seakan berubah menjadi dungu.
Melihat pendedahan ini netizen juga amat terkejut dan sedih wujudnya para ibu yang sanggup melakukan hal syirik sebegitu. Di satu sudut lain, ada yang merasa lebih selamat untuk tidak berkongsikan kebahagiaan kepada umum.